Selasa, 3 Julai 2012

HIMPUNAN BERSIH 2.0 KUIN

Kedah Times amat bersimpati dengan staf-staf KUIN yang dianiaya oleh pentadbiran KUIN. Bayaran pinjaman dan sebagainya dipotong dari gaji bulanan tapi tiada bayaran dibuat kepada pihak ketiga yang memberi pinjaman.

Difahamkan yang kerja lebih masa pun tiada siapa yang mahu buat kerana takut tidak dibayar atau dibayar lewat.

Cuma Kedah Times tertanya-tanya, kenapa ada staf bukan KUIN yang ada dalam payrol KUIN. Dan bayaran yang diberi bukannya sedikit.

Bekerja dengan sebuah syarikat Sdn Bhd, tapi gaji dibayar KUIN. Tak pelik ka?

Orang luar dijaga, staf sendiri dibiarkan. Ibarat menyusu kera dihutan, anak di kendung dibiar kelaparan. 

PANDUAN LENGKAP MENYERTAI HIMPUNAN AMAN BERSIH 2.0 SELASA (3 JUN)

Semua staf , pelajar dan warga KUIN dijemput menyertai Himpunan Aman BERSIH KUIN 2.0 sebagai desakan mengembalikan kegemilangan KUIN , tanda rasa sayang warga KUIN kepada KUIN dan dihindari daripada tangan ghaib . maklumat himpunan adalah seperti berikut :

Tarikh : 3 Julai 2012 (Selasa)

Masa : 1.00 tengahari

Lokasi : Dalam kawasan kampus KUIN Mergong

Apa yang perlu anda lakukan :


1. Hadir pada hari tersebut dengan BERPAKAIAN PUTIH dan solat Dhuha jam 9 pagi (sendirian)

2. Anda juga boleh berpakaian warna lain ketika tiba di pejabat atau kuliah tetapi bawa bersama PAKAIAN PUTIH dan pada jam 12.30 pm anda bolehlah menukar pakaian PUTIH untuk sertai himpunan jam 1.00 tengahari. Jangan lupa berwuduk ketika menyertai himpunan.

3.Tepat jam 1.00 tengahari , wisel akan ditiup oleh urusetia BERSIH KUIN 2.0 dan anda dikehendaki berkumpul ditempat wisel ditiupkan.

4. Jika hujan pada waktu tersebut, jangan beredar, kita teruskan himpunan. Nak selamat bawa baju tambahan supaya boleh ganti baju yang basah.

5. Perhimpunan dijangka tamat SEBELUM jam 1.50 petang.

6. Bagi mahasiswa KUIN boleh turut menyertai bersama dengan membawa sepanduk yang berkaitan kebajikan pelajar diabaikan

7. Bawa bersama anda air minumm jika perlu

8. Digalakkan membawa banner dan kain rentang yang berkaitan ISU KUIN

9. Yang PALING PENTING , ikut arahan yang dikeluarkan dari masa ke semasa, kerana pelbagai kemungkinan mungkin berlaku yang memerlukan pertukaran strategi diminit-minit akhir.

10. Ketika berhimpun pastikan anda JANGAN lakukan perkara di bawah :

- Jangan rosakkan harta awam kerana itu perbuatan berdosa dan tidak SMART

- Jangan mengeluarkan kata-kata kesat, ugutan, hasutan dan menghentam peribadi.

- Jangan melayan provokasi yang dicetuskan musuh untuk gagalkan himpunan.

-Jangan mengeluarkan sebarang kenyataan akhbar kepada MEDIA. Jika gambar diambil media tak menjadi kesalahan.

11. JANGAN TAKUT pada ugutan dan gertakan pihak pentadbiran

- Kita akan buat di luar waktu pejabat (waktu rehat).

- Kita akan menjalankan perhimpunan dengan aman dan selamat.

- Tindakan disiplin tidak boleh diambil kepada peserta yang hadir ke perhimpunan aman

- Perlembagaan Malaysia mengiktiraf hak kebebasan bersuara selagi mengikut undang2

- Akta Himpunan Aman membenarkan selagi tidak timbul kekacauan awam

- Pihak polis tidak akan mengganggu dan menghalang walaupun diarahkan KUIN kerana pihak polis hanya akan menjaga kententeraman selagi kita ikut arahan perkara 10 Pihak Urusetia BERSIH KUIN akan mengadakan perbincangan dengan Polis sehari sebelum himpunan.

- Kepada kakitangan sementara dan sambilan , anda juga perlu turun dan jangan takut, anda boleh hadir berada sekitar himpunan . Yang penting berikan sokongan .

- Undang-undang Tatatertib KUIN belum diwartakan dan belum diluluskan di dalam Lembaga Pengarah KUIN, jika KUIN ambil tindakan tatatertib kita boleh ‘fight’ menggunakan peguam yang dilantik oleh BERSIH KUIN.

12. Kemungkinan strategi akan bertukar mengikut keadaan. Sila layari blog.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates