Khamis, 26 Julai 2012

Jika kerajaan tumbang?

Kedah Times siarkan kebimbangan seorang Melayu yang berada di Australia. Beliau bimbang Melayu akan hilang kuasa dan seterusnya akan hilang tanah tempat mereka mencari makan, dan berteduh.

Apakah kita disini tidak rasa seperti apa yang beliau rasakan?

Apakah tidak pernah kita bayangkan satu hari nanti anak cucu kita meludah di atas kubur kita. Menghina kita kerana membiarkan tanah ini diambil orang?

Kepada pembelot bangsa Melayu, sedarlah bahawa bangsa lain senantiasa mengintai atau mengambil peluang untuk mengambilalih negara makmur ini.

Jika kerajaan tumbang?

SAYA ingin meluahkan pandangan apa yang akan berlaku sekiranya orang Melayu di Malaysia tidak bersatu. Diharap tuan dapat menyebarkan apa yang saya tulis ini.

Sudah terdapat berita yang DAP akan meletakkan calon yang ramai dalam pilihan raya ke-13. Kalau ini betul dan mereka menang sudah tentu UMNO akan kehilangan kerusi untuk memerintah.

Kita semua tahu DAP adalah kembar PAP dari dulu lagi. Sekarang Singapura sudah dipenuhi dengan rakyat Cina dari PRC hingga berjuta dan Singapura terlalu kecil.

Di mana hendak ditempatkan mereka bersama dengan rakyatnya sendiri? Jadi kalaulah DAP berkuasa sudah tentu Singapura akan bercantum semula dengan Malaysia dan apabila Singapura sudah bersatu dengan kerajaan DAP, bayangkanlah apa yang akan berlaku?

Orang Melayu hilang kuasa dan yang paling menyedihkan ialah kita akan kehilangan sebuah negara sama seperti apa yang berlaku apabila Singapura keluar dari Malaysia dulu.

Pilihan Raya Umum Ke-13 menjadi titik permulaan bagi kuasa orang Melayu sama ada akan terus kekal dalam kuasa UMNO atau jatuh ke tangan pembangkang.

Yang menghairankan ialah PKR dan Pas sanggup bersatu dengan DAP yang terang-terang musuh Melayu.
Saya bimbang kalau pembangkang menang kuasa tidak akan berada di tangan PKR atau Pas, tengoklah nanti apa yang akan berlaku ini sama seperti apa yang berlaku dalam sejarah di mana Melayu sendiri yang jatuhkan Melayu.

Saya betul-betul takut kalau nasi akan menjadi bubur.

Saya menyampah betul dengan sikap Anwar Ibrahim yang begitu ghairah sekali mahu tawan Putrajaya dan tidak sabar mahu menjadi PM.

Kalau dia jadi PM dan masih menjaga negara seperti apa yang dilakukan oleh UMNO atau lebih baik lagi mungkin kita boleh terima, tapi saya tidak fikir Anwar atau orang Pas akan kekal sebagai PM.

DAP akan terus berjuang untuk jadi PM dan apa yang akan berlaku nanti samalah seperti apa yang saya tulis di atas. Orang Melayu mesti sedar dan berusaha untuk mengelakkan daripada kehilangan kuasa di negara sendiri yang akhirnya menjadi peminta sedekah di tanah air sendiri.

Menteri-Menteri, AP dan semua orang Melayu jangan pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan nasib anak-anak Melayu pada masa depan yang akan hilang segala-galanya.

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

kalau pemimpin federasi adalah dapig, dan depa nak majukan industri urut di serambi mekah apakah pah mampu halang?

Lang Kedah. berkata...

Betul tu.

PAS---jual Islam.
UMNO jual Melayu.
PKR----lelong Melayu.

Sekarang pun dah rasa penat dgn politik Melayu yg makin celaru kerana hambatan kuasa.

Pemimpin politik Melayu sedang hambat kuasa untuk kemewahan dgn kereta besar,rumah besar,projek besar.

Dulu Islam sekarang kebajikan.
Dulu Melayu sekarang dah hilang imej Melayu.
Demi kuasa bangsa dan agama dirojakkan.

Semuanya retorik politik.

Tanpa Nama berkata...

Hampa ni pelik..kerajaan tumbang kepala hotak apa..BN tumbang la wei..tu la lama sgt berkuasa bajet kerajaan n BN satu..puih!! Piraaahh..dah jadi pembngkang di slngor,penang, kedah pun hmpa dok bajet hmpa kerajaan di negeri tu lagi..piraahhh..BN ni bodoh..dulu singapore sapa yg atoq bg kuaq..Tunku juga..hmpa dok blame orng lain..Umno lg bodoh..weii hmpa puak umno xpyh la dok buat ayat tacing bunguk hmpa umno kalah melayu akn musnah..hmpa dok kira bngsa melayu hmpa xabes2...puih! Boleh blah la melayu hmpa..aku melayu tp aku sanggup ja sapa2 jadi pm..asalkn islam dan adil..cina pun kalu dia adil n dia islam macm mana?? Islm ajar kita bersaudara atas kalimah syahadah n based on ummah..bkn based on ketuanan melayu bodoh umno...semoga umno kalah teruih pru 13..aci kerat teloq la..

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates