Jumaat, 27 Julai 2012

Kedah akan kembali kepada BN

InsyaAllah, dibulan Ramadhan ini kita pakat memohon doa kepada Allah SWT supaya dikembalikan pemerintahan Kedah kepada yang layak dan mampu memerintah.

Yang hanya pandai bercakap dan berbohong minta Allah letak mereka ditempat yang sepatutnya sebagai pembangkang.

Telah banyak kali Kedah Times sebut bahawa Kedah memerlukan ikon yang boleh membawa UMNO kembali memerintah. Ikon yang mampu menghidupkan semua kegemilangan Kedah di mata rakyat Malaysia dan dunia.

Dari dari hasil kajian juga, nama ikon itu sering timbul. InsyaAllah, ianya akan menjadi kenyataan jika diizinkanNya. Walaupun sudah ada tanda-tanda atau cubaan untuk memburukkan beliau samada dari pihak bukan UMNO dan dari dalaman UMNO.

Kita lihat beberapa blog yang dikatakan pro UMNO sudah memainkan peranan untuk menjatuhkan kredibiliti ikon yang dimaksudkan. Apa tujuan mereka kita tidak tahu. Allah Amat Mengetahui.

Mungkin mainan mereka untuk mendapatkan sesuatu. Atau memang disuruh pihak tertentu untuk menjatuhkan beliau. Kita tidak tahu.

Tapi fakta sedang ditonjolkan. InsyaAllah, Allah Maha Berkuasa, Allah Maha Berkehendak. Kita akan lihat jua petunjukNya.

Sementara itu, Rohana ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Perbandingan Prestasi dan potensi BN Vs Pas di Negeri Kedah' memberitahu, kira-kira 54 peratus rakyat Kedah menolak kepimpinan kerajaan negeri yang diterajui Pas. ''Ini dapat ditafsirkan menerusi pandangan mereka yang menyatakan kegagalan kerajaan Pas Kedah menunaikan janji-janji yang dibuat pada PIlihan Raya Umum Ke-12. Mereka juga berpandangan Pas kecundang dengan konsep negara berkebajikan yang dijajanya," ujarnya. Jelas beliau, kajian tersebut turut mendapati UMNO dan BN mempunyai kelebihan untuk merampas Kedah dari tangan Pas dan sekiranya senario itu berlaku, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir menjadi pilihan rakyat sebagai Menteri Besar.

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

DULU SAYA LIHAT KALAU UMNO BERMASALAH MAKA PAS BOLEH GANTI ATAS DASAR SAUDARA SEISLAM. TETAPI HARI INI. MINTA MAAF. PAS TERLALU TUNDUK KEPADA PUAK ANTI ISLAM DAN MELAYU DEMI UNDI. MEREKA HANYA ALAT DAN HAMBA PIHAK LAIN BUKANNYA AKAN JADI TUAN PENENTU DASAR YANG MENJAGA KEPENTINGAN ISLAM DAN MELAYU. MAKANYA. MEREKA TAK BOLEH DIHARAP LAGI UNTUK JAGA ISLAM DAN MELAYU. UMNO ATAU SIAPA SAHAJA MEMANG TAK SEMPURNA DAN ADA KELEMAHAN. NAMUN UMNO MASIH DOMINAN MENJAGA KEPENTINGAN AGAMA DAN MELAYU. MUNGKIN ADA SEGELINTIR SAJA YANG MELAKUKAN SESUATU YANG MEROSAKKAN IMEJ UMNO TETAPI ORANG MELAYU HARUS INGAT GOLONGAN SEBEGINI WUJUD DALAM MANA-MANA PARTI DAN DIMANA-MANA SAHAJA DUNIA. KALAU UMNO DIHUKUM HANYA KERANA SEGELINTIR AHLINYA MAKA SEUMPAMA KITA MENGATAKAN ISLAM ITU TIDAK BAIK HANYA KERANA KEBURUKAN YANG DIBUAT OLEH SEGELINTIR UMAT ISLAM. SAYA BERDOA SABAN WAKTU AGAR ALLAH SELAMATKAN BUMI MALAYSIA INI DARI PUAK-PUAK SEUMPAMA KAUN NABI LUTH ATAU GOLONGAN MUNAFIK YANG SANGGUP MENJUAL AGAMA DEMI UNDI.

Putera Gunung Jerai. berkata...

Aku penyokong BN dan sentiasa berdoa agar BN kembali mmerintah Kedah.

Rujuk pada rumusan kajian tersebut aku dapati ia tidak tepat berdasarkan kaedah,standard dan sasaran kajian yg telah dijalankan.
Dapatan banyak kelemahan dari rumusan itu.Walaupun condong menyebelahi BN namun ia akan membuatkan UMNO/BN akan terus leka,lena dan syok sendiri tanpa kerja kuat dan kerja keras.
Kita pun sedia maklum tentang budaya dalam UMNO.Tak payah ulasan panjang lebar.
Harapan pada BN memang amat cerah.Tetapi bersyarat.Pertama calon yg hendak bertarung itu kenalah ada kreditbiliti dalam banyak hal.Setakat jawatan Ketua,Timbalan,Naib atau lain nya belum tentu BN akan menang.
Ini cerita dan senario Kedah.Negeri lain tak sama seleranya.
Pengundi ada tiga kumpulan.Satu tegar pembangkang PAS/PKR/DAP -ahli parti pembangkang.Kedua penyokong BN.UMNO/MIC/PPP/Gerakan/PPP/IPF/MCA.Ketiga dan paling ramai pengundi tanpa parti.Mereka ikut selera semasa.Mereka jadi penentu.Keputusan saat akhir atau tunggu dan lihat.
Sejauh manakah pakar dan ahli bijaksana politik BN/UMNO main peranan terhadap kumpulan ini.Kumpulan ini ada yg kaya raya,ada yg hidup mewah,pegawai kerajaan,pencen,berniaga besar dan kecil dan ada yg hidup melarat serta miskin tak ambil peduli hal politik kerana kemiskinan.

Ini tak termasuk ragam pemimpin UMNO/BN lagi.Kita dengar cerita warlord dalam UMNO/BN pun banyak ragam juga.Ini pun satu bala dan petaka pada BN/UMNO.

Untuk BN menguasai Kedah UMNO kena buat kerja kuat banyak lagi.Banyak benda dan faktor lagi UMNO/BN kena buat.

Pemasaran politik UMNO/BN perlu lipat ganda dan aggesif.Pemimpih UMNO/BN di Kedah harus ada gerakan sepadu semua peringkat.Pemuda/Waniat/PU3/Dewasa/Veteran.

Perpaduan nayata perlu dibaik pulih segera.Itulah kuncinya.

Apakah kajian untuk ditatap sahaja kah setelah menyebelahi UMNO/BN.Kajian adalah rumusan semasa yang belum ada jaminan.

Dato Najib dan TS Mahyudin perlu ada teropong jauh dan dekat serta teropong yg lebih halus.

Era tangkap muat dan era cincai akan buruk padahnya.

SeMoga UMNO/BN akan terus teraju Kedah.

Tanpa Nama berkata...

Aku penyokong setia BN sentiasa berdoa semoga pemerintahan Melayu dan Islam akan terus menerajui Kedah walaupun bukan UMNO asalkan Melayu Islam itu tidak memerempatkan umat Islam di bumi sendiri.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates