Selasa, 24 Julai 2012

KERAJAAN PAS YANG GAGAL


Petikan dari DKS.

Dalam ura-ura Kerajaan negeri mencari duit tambahan melalui pembelian saham FGV, tuntutan Duti Hiburan dan penebangan balak yang berleluasa, rupa-rupanya ada tuntutan terhadap kerajaan negeri yang masih belum diambil perhatian oleh KHTP dan kerajaan.
Jika semua tuntutan yang kerajaan negeri nak buat, nampaknya tak terdaya untuk membayar tuntutan pihak industri di KHTP.

Kedah Times tak hairan jika Fuji Electronics sanggup beri kebenaran Kerajaan Pusat untuk buat program Janji ditepati di tapak kilangnya di KHTP tanpa ada sedikitpun pengetahuan dari pengurusan KHTP.

Inilah akibatnya jika kera diberi pulut. Pulut tak dimakan tapi habis melakat diserata tangan dan badan. Bunga cantikpun kalau diberi kepada kera, dia akan robek-robek. Tak tahu menilai keindahan dan kecantikan bunga ..... Samalah macam PAS.


MB Kedah Nak Tuntut RM5 Juta Tunggakan Duti Hiburan Dari Underwater World Langkawi (UWL).....

FLASHBACK KHTP: MASALAH AIR YG TAK PERNAH BERLAKU DI ZAMAN BN TAPI DAH LIMA KALI BERLAKU DALAM MASA TIGA TAHUN DI BAWAH PAS KEDAH SEJAHTERA

MB Kedah baru2 yg termalu akibat dari isu PKNK membeli saham FGVH tanpa pengetahuan beliau nampaknya nak‘cover line’ dgn mengeluarkan isu tanah FELDA di Kedah dan juga mengumumkan akan menuntut sejumlah RM5 juta cukai tertunggak dari UWL (nak divert dari kontroversi isu FGVH), tapi sudah lupa bahawa di atas mejanya juga terdapat surat dari KITA yg menuntut kerugian kilang2 di KHTP sebanyak RM53 juta dari Kerajaan Negeri Kedah yg langsung tak dilayan oleh beliau, walau pun kerugian itu disebabkan oleh kecuaian oleh KTPC dan JBAK (Jabatan Bekalan Air Kedah, sekarang dikenali dgn SADA) sejak dari 2009.

Bagi menyegarkan ingatan ahli PAS Kedah yg sentiasa menuduh semua yg tak baik seperti masalah air kpd kerajaan terdahulu, sukacita diingatkan bahawa krisis air yg berlaku di Kulim Hi-Tech Park (KHTP) sejak hujung tahun 2009 adalah di bawah tanggungjawab kerajaan PAS yg menyebabkan kilang2 di KHTP terpaksa menghentikan operasi selama beberapa hari (shutdown).

Secara ringkasnya, terdapat 5 peristiwa penting masalah bekalan air KHTP yg telah dihadapi semasa PAS memerintah Kedah (2009 – 2011) seperti berikut:

MASALAH BEKALAN AIR DI KULIM HI-TECH PARK 

1.   Krisis Air pada 13 Oktober 2009 

Pada 13 – 15 Oktober 2009, bekalan air terputus lanjutan drp “Altitude Valve” yg tak berfungsi di “Reservoir” Bukit Jelutong.

6 buah kilang yg mengalami kerugian yg teruk iaitu: 

    i.   Intel Products (M) Sdn. Bhd.
    ii.  Fuji Electric (Malaysia) Sdn. Bhd.
   iii.  Hoya Electronics Malaysia Sdn. Bhd.
   iv.  AIC Semicondustor (m) Sdn. Bhd.
    v.  Showa Denko HD (Malaysia) Sdn. Bhd.
   vi.  Toyo Memory Technology Sdn. Bhd.

KHTP
Ind Zone Phase
13 Oct
14 Oct
15 Oct
Loss (RM)
Fuji Electric
1
X
X
X
35,000,000
Hoya
1
X
X
X
4,2000,000
AIC
1

X
X
250,000
Intel
1

X

12,600,000
Toyo Memory
2

X

175,000
Showa Denko
2

X

1,000,000
X = Shutdowns
Total Estimated Losses = RM53,225,000

2.   Low-Water Issue due to Faulty Valve at Hoya Electronics on 31.12.09

Low water pressure had interrupted some of the production in Hoya Electronics, Kulim Hi-Tech Park. 

Issue happened in the early hours of 31.12.09. Hj Rosli received the issue notification at about 8.30am. After investigation by a SADA contractor on the same day, the issue was pinpointed to a dropped spindle that had held the sluice in the gate valve housing. Water pressure returned to normal when the contractor had reopened the sluice to allow water to flow normally again on the same day at 3.00pm. 

On 1/1/2010, Hj Sobri visited Hoya to personally inspect and assess the site of the faulty gate valve. (Nota: Hoya mengalami masalah air kali ke 2

3.   Low Water Issue at Fuji Electric on 14 January 2010 

Water pressure issue in FUJI ELECTRIC, Kulim Hi-Tech Park.

Issue happened on 14.1.10. Hj Rosli received the issue notification at about 12.00 noon. After investigation by a SADA contractor on the same day, drop in water pressure most probably due to “air lock” along the main line since water level at Bkt Sera Reservoir is consistent above 4m level. Water pressure gradually returned to normal at 4.30pm and stabilize on the same day at 7.00pm.

4.   Krisis Air pada 5 Februari 2010

Pada 5hb Februari 2010, tiga (03) kilang fabrikasi wafer(Infineon, Silterra & FUJI Electric) terpaksa ditutup operasi lanjutan drp kandungan “TOC (Total Organic Carbon)” yg tinggi. 

Spesifikasi/Parameter kualiti air yg dibenarkan berbanding kualiti air yg telah dibekalkan pada 5hb Februari 2010 kpd kilang-kilang yg terlibat adalah seperti berikut:

No
Syarikat
Paras TOC Yg Dibenarkan
Paras TOC Semasa Kejadian
1
Infineon
5 ppb
Melebihi paras yg dibenarkan (ppb = part per billion)
2
Silterra
2 ppb
3
Fuji
2 ppb

Kronologi krisis tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh
Masa
Tempat
Deskripsi
2/2/10
7pm
Fuji
Bacaan mendapati Paras TOC yg tinggi.
4/2/10
2 pm
Infineon
TOC mencapai tahap maksima.
5/2/10
3 am
Silterra
TOC melebihi paras maksima operasi dihentikan
5/2/10
5 am
Infineon
TOC melebihi paras maksima operasi dihentikan
5/2/10
8 am
Fuji
TOC melebihi paras maksima operasi kilang dihentikan
5/2/10
10.30am
KTPC
Meeting: KTPC, SADA, Infineon, Silterra, Fuji, Intel.
5/2/10
3.10 pm
KTPC
Meeting: KTPC dan SADA
5/2/10
4.00pm - 6.00pm
Infineon/
Silterra/
FUJI
Lawatan ke kilang terlibat (Loji Rawatan Air Kilang) oleh KTPC & SADA.
6/2/10
12.00pm
Silterra
Bacaan TOC masih tinggi.
6/2/10
1.00 pm
Fuji
Bacaan TOC tak stabil.
6/2/10
1.00 pm
Infineon
Bacaan TOC masih tinggi.
6/2/10
1.30 pm
Infineon
60% produksi kilang beroperasi utk. non-critical or non-sensitive products.
6/2/10
2.00 pm
Fuji
Kilang beroperasi semula. TOC:  <2ppb.
6/2/10
4.30 pm
Silterra
Kilang beroperasi utk non-sensitive products.

Pihak Infineon memaklumkan bahawa kerugian yg terpaksa ditanggung lanjutan drp pemberhentian operasi adalah sebanyak EURO 1 Juta sehari dan pihak mereka juga terpaksa menukar sistem penapis di kilang mereka yg berjumlah RM 500,000.00.

5.  SADA menaikkan tarif air di KHTP dari RM1.00 se cubic meter ke RM1.05 ke RM1.20 se cubic meter walau pun di minta menunda kenaikan itu ke tahun 2013, hingga menyebabkan kilang2 di KHTP dikenakan notis pemotongan bekalan air seperti berita di bawah:


The Star, Friday September 9, 2011
Four Kedah companies refuse to pay water bill

ALOR SETAR: Four companies in Kulim Hi-Tech Park are refusing to pay their August water bill amounting to RM600,000 as they want Darulaman Water Company Sdn Bhd (SADA) to use the old rate approved by the state 15 years ago.

The four companies which produce electronic and software products, claim that they should be paying a flat rate of RM1 per cubic metre as agreed, compared to the new tariff which is from RM1.05 until RM1.20 based on usage amount.

SADA Chief Executive Officer Datuk Adzmi Din said the companies did not pay their August bill and insisted that SADA stick to the RM1 water rate agreement which will end in 2012.



IMPLIKASI MASALAH BEKALAN AIR DI KHTP. 

Paras air rendah di kedua Kolam Takungan Bukit Sera (R2 & R3) yg membekal keseluruhan air di kawasan industri Fasa 1 & 2 adalah penyebab kpd tiada bekalan air.

Kejadian ini menjejaskan dayasaing KHTP dalam menarik pelaburan baru. Walaupun kapasiti Loji Air Kulim Hi-Tech di Pinang Tunggal sebanyak 150 MLD (million litre daily) adalah jauh melebihi penggunaan harian keseluruhan industri sebanyak 43 MLD pembekalan air ini tak licin dan menjejaskan operasi kilang.

Perkara yg perlu diberi tumpuan adalah penyenggaraan secara berkala oleh pihak Jabatan Bekalan Air Kedah.

Status KHTP sebagai “CYBERCITY” jika mengikut takrifan adalah terjejas memandangkan bekalan air hanya dapat dibaikpulih 52 jam selepas kejadian berlaku. (Klausa “CYBERCITY”, ianya perlu dipulihkan/dikembalikan didalam masa 24 jam).

Kesimpulan.....

Walau pun PAS hanya pegang Kedah tak sampai 5 tahun, terdapat lima krisis air yg amat serius di KHTP dlm tiga tahun (2009-2011), sedangkan tiada masalah yg dihadapi selama 12 tahun bersama BN. Malah  berjaya menarik minat pelabur2 ke KHTP dgn menawarkan tarif air yg istimewa berbanding kawasan industri lain. 

Khabarnya masalah asalnya adalah disebabkan bekalan air dari Loji Bukit Jelutong yg dikhaskan utk KHTP (yg terletak di Sg Petani) telah di "Divert" utk turut membekalkan air ke kawasan Sg Petani. Persoalannya, mengapa bekalan"dedicated water supply" ke KHTP terpaksa kena "share" bekalan dgn penduduk Sg Petani.....?

Kepada MB KEDAH: 

SILA LAYAN TUNTUTAN KERUGIAN KILANG2 DI KHTP DI ATAS MEJA USTAD (RM53 JUTA) DAHULU SEBELUM MENGUMUMKAN AKAN MENUNTUT TUNGGAKAN DUTI HIBURAN RM5 JUTA DARI UNDERWATER WORLD LANGKAWI.




0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates