Isnin, 23 Julai 2012

Kewangan KUIN Meruncing


Seperti yang Kedah Times ulas dalam artikel yang lalu, KUIN menghadapi masalah dengan anak syarikat dibawahnya. 

Insaniah Holdings adalah syarikat utama bagi KUIN. Insaniah Holdings menjadi cabang pelaburan KUIN untuk menguatkan kewangan KUIN.

Tapi sebaliknya berlaku. Banyak bos-bos Insaniah Holdings dan anak syarikat dibawahnya masih dibawah payrol KUIN. Syarikat mereka tidak boleh berdiri dengan sendirinya. 

Inilah salah satu sebab yang membawa kepada krisis kewangan KUIN.

Untuk menyelesaikan secara jangka pendek duit SADA disalurkan kepada KUIN. Bagaimana dengan penyelesaian jangka panjang?

INSANIAH HOLDING DIDENDA KWSP

Insaniah Holding yang didakwa menjana keuntungan oleh Jamil dan Azizan adalah sesuatu pembohongan besar.Ramai kakitangan Holding datang bertemu dengan skuad BERSIH KUIN untuk memohon memperjuangkan nasib mereka juga. Apakan daya kami tiada kuasa untuk campur kaki dalam urusan Holding.

Hingga kini baki tunggakan hutang kakitangan holding kepada bank belum diselesaikan lagi. Itu pun Azizan merapu kata anak syarikat jana keuntungan kepada KUIN. Pembohong besar.

Jika untung kenapa baru-baru ini , Insaniah Holding dikenakan tindakan denda oleh KWSP kerana kegagalan membuat caruman.  Denda KWSP ini menggabarkan kepincangan Jamil menguruskan KUIN.

Lebih baik letak jawatan sahaja lah.

1 comments:

Anak AS berkata...

Pas pun kaki kelentong juga.
Pas tipu sama rakyat.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates