Rabu, 18 Julai 2012

KUIN: Caca Merba

Beberapa staf KUIN telah dikesan hadir memberi penerangan parti. Laporan dibawah mengesahkan yang 3 pekerja KUIN hadir memberi penerangan kepada ahli-ahli parti tentang isu-isu semasa KUIN.

Apakah mereka dibolehkan berbuat demikian?

Krisis kewangan KUIN sekarang ini sudah melibatkan Pegawai Kewangan Negeri dan isterinya yang juga penagarah di KUIN. Mereka berdua dibabitkan dalam melambatkan menyalurkan wang kepada KUIN.

Kita tunggu apa penjelasan selepas ini dari pegawai kewangan negeri yang PAS hebaoh mengatakan yang mereka berdua mensabotaj kewangan KUIN.



NAIK PENTAS PARTI POLITIK : SURAT TUNJUK SEBAB UNTUK AZLINA , NADIA DAN FIRDAUS

18 Julai - Tindakan Azlina Zakaria, Nadia Murshida, Firdaus Salleh berada di atas pentas PAS di Kompleks PAS Kedah pada 16 Julai yang lalu dengan memberi penerangan rasmi kepada wakil-wakil pemuda setiap bahagian adalah sesuatu yang mencalarkan imej sebuah Universiti yang memartabatkan profesional akademik.

Siapa yang mengarahkan mereka membuat taklimat tersebut, samada Pemangku Pendaftar Mr Sayuti atau Jamil Rektor atau atas arahan parti PAS. Jika di atas arahan Universiti kita mendesak agar mereka kemukakan bukti memo atau surat arahan. Jika ia merupakan satu tindakan peribadi , tindakan tatatertib boleh dikenakan kerana mereka berceramah di atas pentas parti politik yang mempunyai logo parti.

Kita akan tunggu apa Mr SS akan buat . Sewajarnya Mr SS mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada mereka yang hadir memberikan penerangan atas tiket parti. Atau Mr SS pun bersubhat sama dan enggan menonjolkan dirinya atas kepentingan jawatan dan diri.

Inilah KUIN sebuah Universiti yang telah dipolitikkan.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates