Selasa, 17 Julai 2012

KUIN : Duri dalam Daging Kerajaan Negeri


Petikan dari Berita Kuin. Begitu senang sekali jawapan MB Kedah kepada pertanyaan yang dilontarkan.

Kepada staf KUIN, nampaknya nasib semakin malang kerana pihak kerajaan negeri anggap KUIN adalah macam tidak wujud kerana KUIN bukan kerajaan atau agensi kerajaan atau badan berkanun.

Jadi nak tanya KUIN tu apa? Kalau Kolej Universiti Insaniah, jadi yang dok urus dan tadbir KUIN dok bawa kategori mana?

Seperti yang Kedah Times sebut sebelum ini, Allah tidak redha pihak pengurusan KUIN yang telah menukar KUIN menjadi Kolej yang melaksanakan apa yang di hasratkan sebelum ini iaitu memperkukuhkan Pengajian dan syiar Islam. Bukannya nak jadikan KUIN sebagai kolej perubatan atau komunikasi atau kejuruteraan.

Sebab itu Maktab Mahmud ditubuhkan diseluruh daerah yang mana pengajian terasnya ada pengajian Islam. Dan KUIN bakal menjadi kesinambungan kepada pengajian di Maktab mahmud.

Lihat apa dah jadi!

SIDANG DUN KEDAH : KERAJAAN KEDAH TAKUT ISU KUIN




16 julai - Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah (DUN) hari in memperlihatkan ketakutan menghadapi isu KUIN apabila hanya bersidang 1 jam lebih sahaja. Walaupun soalan mulut mengenai KUIN berada pada soalan ke 15 dan 29 namun , MB Kedah cuba memberitahu dewan apabila menjawab soalan dari YB Kubang Rotan , bahawa dengan Kerajaan memperolehi Biji Besi memberikan sumber pendapatan yang lebih kepada Kerajaan.

Lalu , ADUN Gurun Dr Leong bangun berkata : YAB minta maaf sekiranya soalan saya ibarat mencurahkan air sejuk di atas kepala YAB..." (ahli dewan gemuruh ketawa). 

Jika YAB MB berkata Kerjaan Kedah kaya dengan pendapatan Bijih kenapa KUIN  tidak dinaikkan gaji 13 % .

lantas MB menjawab dengan penuh pembohongan (isyyyy rasanya Azizan ni ustaz celup saja, sebab suka cakap penipu). Azizam kata KUIN tak ikut pekeliling sebab swasta bukan Kerjaan atau Agensi Kerajaan atau badan berkanun.

Untuk mengetahui bahawa Azizan seorang pembohong, nantikan artikel seterusnya yang akan membongkarkan rahsia Azizan seorang Menteri Berbohong (MB)

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates