Rabu, 4 Julai 2012

KUIN : LARI DARI TUJUAN ASAL

Kisah kelam-kabut KUIN ni sudah lama berlaku sejak diambil alih oleh kerajaan PAS. Tujuan asal KUIN untuk memberi pendidikan lebih tinggi kepada pelajar-pelajar lepasan sekolah agama terutama dari maktab Mahmud, telah ditukar kepada lebih sekolah yang lebih pentingkan komersial value.

Rektor yang dilantik kerana menjadi ahli PAS tidak berjaya membawa KUIN kepada yang lebih baik. Cuma mereka asyik berbangga kerana menubuhkan banyak Fakulti. Itu saja walhal penubuhan KUIN dulu adalah bertujuan untuk mengembangkan syiar Islam itu sendiri.

Hasil tindakan-tindakan pentadbir KUIN yang lebih banyak memikirkan soal keuntungan nama dan glamor, maka pelajar dan staf menjadi mangsa.


PELAJAR KUIN PERNAH BUAT DESAKAN YANG SAMA AGAR JAMIL LETAK JAWATAN. KINI STAF PULA, SILALAH LETAK JAWATAN

Sebahagian mahasiswa desak Jamil di hadapan wisma
Bukan kakitangan KUIN sahaja yang mendesak jamil meletakkan jawatan, bahkan piahk mahasiswa terlebih dahulu mendesak perkara yang sama di hadapan wisma Darulaman pada 19 Februari 2012.


mantan presiden mpm kuin pernah gesa rektor letak jawatan

Jika mahasiswa, kakitangan dan warga KUIN dah mendesak Jamil meletak jawatan , apa tunggu lagi . Jika MB Kedah gagal memahami mesej daripada warga KUIN, inilah malapetaka besar kepada pemerintahan.

kain rentang hadapan wisma digantung mahasiswa KUIN
kini giliran staf pula berani desak Jamil letak jawatan
Saidina Omar pernah berkata , jika aku ada melakukan kesalahan tegurlah, jika kebenaran bantulah. Sekarang warga KUIN sudah jelas pembohongan Jamil. TURUNLAH SEBELUM KAMU DITURUNKAN

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates