Selasa, 24 Julai 2012

KUIN RESAH CARI DUIT NAK BAYAR GAJI KAKITANGAN KUIN BULAN JULAI


Kedah Times petik dari blog BERITAKUIN

Apakah yang diperkatakan ini ada kebenarannya? Jika benar, maka KUIN berada dalam keadaan yang amat kritikal. Bayangkan jika tiada PTPTN?

Kemelut dan krisis kewangan KUIN tidak boleh dirahsiakan lagi. Walaupun Menteri Berbohong (MB) Kedah , Azizan Razak dan seterunya Jamil Rektor mengatakan dan mempertahankan bahawa KUIN tidak menghadapi masalah kewangan namun, inilah hakikatnya hikayat dua orang penipu besar dalam negeri Kedah.

Dahulu bila kita minta supaya dibayar tunggakan kepada pihak ketiga yang ditanggung kakitangan KUIN, tak mengaku bahawa KUIN tak ada duit. Setelah demonstrasi maka KUIN terpaksa gunakan semua duit yang dikorek untuk bayar, itu pun sebab :

- Selepas kakitangan buat demo
-Selepas kakitangan buat report Polis
- Takut nak hadapi isu KUIN dalam sidang DUN , jadi kenalah bayar sebelum sidang DUN pada 16 Julai yang lalu.

Kini duit KUIN dah kering, tak tahu nak cari mana duit lagi dah nak dikorek dan nak dipinjam atau nak minta sedekah, atau nak cari pertolongan atau nak rayu, hanya untuk membayar  gaji kakitangan KUIN  pada bulan Julai ini.

Apa pun kita tunggu, mungkin  seperti bulan lepas dan dua bulan lepas , KUIN terpaksa membayar gaji dua peringkat iaitu untuk gred 45 kebawah akan dibayar dulu dan gred 45 ke atas akan dibayar menjangkaui bulan semasa.

Ataupun jika kritikal sangat mungkin akan semua kakitangan akan dibayar lambat gaji.

Maklumlah, nak minta pinjam pada MBI mungkin dah malu dan kena diikat dengan kontrak perjanjian. Kalau nak minta pada PTPTN supaya disegerakan pembayaran PTPTN tak mahu buat kerja gila tak ikut prosuder, dahulu Menteri Pembohong Azizan tembak KPT agar jangan masuk campur urusan KUIN.  Tapi bila ada masalah kewangan, KUIN pula minta KPT masuk campur untuk bayaran lebih awal duit PTPTN.

Tapi ingat dalam akaun KUIN ada duit bantuan zakat yang sepatutnya perlu dibayar kepada pelajar Kedah KUIN pada bulan Julai , namun dibuat surat minta tangguh untuk dibayar pada pertengahan Ogos ini. Jika duit zakat digunakan untuk bayar gaji KUIN, pihak skuad BERSIH KUIN akan mengambil tindakan sewajarnya kerana menyalahgunakan wang zakat, jadi jangan guna duit zakat pelajar bayar gaji kakitangan KUIN bulan Julai yaaa Jamil. Duit zakat Kedah tahun lalu bolehlah kelentong student bila perap lama-lama duit zakat dalam akaun KUIN, kini Jamil berhadapan dengan kakitanagan yang mengetahui semua pergerakan wang dan masalah dalaman KUIN.

1 comments:

1 Melayu berkata...

Mudah saja hendak selesai masaalah KEWANGAN KUIN,rogol dan gondol semua hutan belantara yang masih belum ditebang dan hasilnya serah kepada KUIN.Atau jual semua konsensi kawasan bijih besi diSungai Petani dan korek serta galilah sepuas puasnya hingga malapetaka menimpa Bandar Sungai Petani.Wang hasil bumi ini tolong serahkan kepada KUIN dan jangan pula ada yang tiris sebelum sampai kepada KUIN.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates