Selasa, 24 Julai 2012

KUIN tak lari dengan pelbagai ISU


Kedah Times lihat KUIN tidak habis dengan isu-isu yang bakal membawa imej kurang enak di mata rakyat. Terutama yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran di kampus KUIN.

Isu KUIN disaman pelajar juga membawa kepada imej kurang enak. Kini timbul isu disaman kontraktor pulak.

Isu KUIN melanggar perjanjian kontrak dengan sebuah syarikat yang telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan penginapan pelajar KUIN di Sungai Petani semakin hangat. Menurut Sumber pemilik syarikat tersebut telah memfailkan saman terhadap KUIN bernilai RM 3 juta di Mahkamah Tinggi Alor Setar melalui Tetuan Razif Jamil and Partners .

Menurut sumber, pemilik syarikat Shake Cuisine Sdn Bhd  yang bedaftar di Kelab Laguna Merbok, Persiaran Merbok 08000, Sungai Petani Kedah , En. Shiak Faisol berkata perjanjian yang dipersetujui adalah selama 3 tahun bermula Januari 2009 hinggi Disember 2011 untuk menyediakan perkhidmatan asrama dan pengankutan kepada seramai 300 orang pelajar Kolej Universiti Insaniah Sungai Petani dengan kadar RM200.00 untuk setiap pelajar.
Tarikh sebutan Kes 9 April
di Mahkamah Tinggi Alor Setar
 

Tambah beliau lagi, jumlah keseluruhan dalam perjanjian tersebut adalah bernilai RM 2,160,000.00 berdasarkan RM 200 per/pelajar x 300 orang x 36 bulan ( enam semester pengajian). Cuma sehingga kini KUIN hanya membuat bayaran untuk satu semester sahaja sebanyak RM 360,000.00 bagi enam bulan pertama dan disusuli pembayaran seterusnya sebanyak RM 176,800.00, selepas daripada itu baki 5 semester, KUIN tidak lagi membuat pembayaran seperti di dalam kontrak.

Shiak Faisol pernah bertemu dengan DS Azizan untuk menyelesaikan isu ini. Namun DS Azizan enggan mengulas lanjut sebaliknya menyuruh beliau bertemu sendiri dengan pihak KUIN dan selepas berbincang dengan KUIN , KUIN hanya suruh tunggu sehingga mesyuarat KUIN akan memanggil beliau .Setelah 5 bulan punya tunggu, tiada sebarang jawapan dan tindakan daripada pihak KUIN. Beliau berkata , tiada pilihan lain bagi menuntut haknya yang teraniaya dengan pengurusan KUIN, beliau terpaksa mengambil tindakan mengikut saluran yang dibearkan undang-undang Malaysia (mahkamah) hanya untuk mendapatkan balik haknya, bukan dengan tujuan lain.
KUIN kampus Sungai Petani

Nantikan terjahan saya terhadap respon pengurusan KUIN, staf KUIN dan dari pejabat MB dalam artikel saya seterusnya.

Kesimpulannya apa dah jadi dengan KUIN…. Saya dapat banyak maklumat yang dikirimkan pada saya mengenai salah guna kuasa dan sebagainya… DS Azizan dan Kerajaan Negeri Kedah kena buat sesuatu atau kena buang barah yang sedang merebak di dalam KUIN.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates