Rabu, 4 Julai 2012

KUIN: TIADA capaian Internet?

Kedah Times mendapat serba sedikit maklumat tentang masalah internet di KUIN.

Pakar-pakar ICT di KUIN terutama dari Insan System adalah mereka yang merasakan wireles internet adalah yang terbaik dan murah.

Maka capaian internet KUIN asalnya telah diperolehi melalui P1. Ini adalah rekomen dari CEO Insan System untuk KUIN.

Mungkin kerana kualiti yang kurang baik atau memang KUIN sudah kurang is kantongnya, maka pembayaran tidak diberi perhatian. Sebab itu talian dipotong.

Kedah Times rasakan kepentingan diri melebihi kepentingan ILMU, maka inilah jadinya.

Kuin Oh Kuin! Dahulu Bil Perubatan Klinik Sekarang Ni Bil Internet Pula


Difahamkan Bil Internet di Kuin tak dibayar dan telah dipotong. Ini menyebabkan kakitangan Kuin tak boleh buat kerja kerana capaian ke Sistem menggunakan Internet. Segala proses permohonan pelajar baru dan lain-lain proses tak boleh dilakukan. Ini 1 lagi tamparan hebat kepada Pengurusan Kuin yang diterajui oleh Pengerusinya iaitu Azizan Razak. Semasa Ketua Pembangkang DUN Kedah mendedahkan permasalahan berkaitan Bil Perubatan Azizan dah kena. Bil Internet ni nak jawab apa pula wahai MB kedah yang kuat tidur?

Kata tak ada masalah kewangan, tetapi bil internet pun tak mampu bayar ke? Wak difahamkan bahawa ada bil-bil lain juga sedang menunggu hari untuk dipotong. Khabar lain dari Kampus stargate ada menyatakan bahawa bil air telah dipotong di kampus tersebut. Bil elektrik pula dah dapat surat merah. Apa nak jadi dengan Kuin ni?


WAK: Wak akan mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pemotongan bekalan air dan Internet ini. Harap bersabar ye semua. Kita bongkar semuanya.Tapi ada sumber menyatakan bahawa ianya berpunca daripada parasit ke -3 Kuin iaitu saudara Mansor.
Nak beri pendidikan percuma dengan mansuhkan PTPTN? Unisel dah kena. PTPTN dah tak bagi pinjaman kepada pelajarnya. Mungkin lepas ini Kuin pula?

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates