Selasa, 3 Julai 2012

KUIN yang Bermasalah.


Kedah Times minggu ini amat tertarik dengan Kolej Universiti Insaniah. Maklumlah kampus terkini yang dibina di Kuala Ketil. Ditambah lagi dengan pelbagai Fakulti atau pengajian yang ditambah dengan mendadaknya.

Bukan Kedah Times nak memperkecilkan kebolehan KUIN, tetapi sebagai sebuah kolej Universiti yang baru bermula dan masih belum kukuh dari segi pentadbiran dan kewangannya, penubuhan fakulti baru seperti Perubatan, Kejuruteraan dan sebagainya adalah terlalu awal.

Ditambah lagi dengan masalah kewangan dengan staf-stafnya.

Kedah Times setuju KUIN perlu fokus kepada pengajian yang digariskan semasa penubuhannya dulu. Pusat pengajian dan pengembangan ilmu Islam yang mana pelajar-pelajarnya adalah graduan dari maktab-maktab Mahmud yang berada di seluruh Daerah di Kedah serta pelajar-pelajar lepasa sekolah agama lain.

Tujuan KUIN adalah untuk memantapkan serta memperkembangkan Islam ke taraf yang lebih tinggi disamping menjimatkan kos penghantaran pelajar-pelajar ke universiti luarnegara hanya untuk memdalami agama Islam.

Sebaliknya, dalam masa pemerintahan PAS, pelbagai fakulti yang tidak berkaitan ditubuhkan. Maka berlakulah krisis kewangan.

Ini lagi satu pendedahan atas pembinaan KUIN di Kuala Ketil dimana Masjid tidak dibina tetapi dalam pakej asal memang ada masjid dicadangkan.

Apa sudah jadi?


JAMIL pembohong besaq!

TANDA BULATAN SEPATUTNYA TEMPAT MASJID DIBINA 
Tidak pernah mana-mana projek yang dibangunkan dengan peruntukan sudah ditetapkan tidak siap seperti yang dijadualkan. Tetapi tak seperti JAMIL yang memperbodoh dan menipu seluruh mahasiswa KUIN mahupun pelajar baru apabila kampus tetap Kuala Ketil tidak memiliki masjid dan asrama tetap seperti yang dirangka dalam pelan. Berhutang RM320 juta untuk membangunkan KUIN Kuala Ketil, sekali lagi JAMIL gagal melaksanakan perancangan yang ditetapkan. Kata Mr SS, pada sesi penerangan KUIN 9.30 pm 27 JUN di Minggu Silaturrahim, KUIN perlukan RM20 juta untuk bangunkan masjid sahaja.


MASJID YANG TERGADAI OLEH JAMIL
Bayangkanlah jika mahasiswa hendak solat jumaat. Admin dimaklumkan masjid yang paling dekat adalah 3 hingga 4 kilometer dari kampus. Bayangkan jika mahasiswa yang ko-k nya tamat pada 1:00 pm,  terutamanya briged bomba yang lasak dan kotor, tak ke kalut? JAMIL JAMIL JAMIL.

Mana anak Syarikat woi JAMIL. Mana keuntungan anak syarikat hampa. Takkan keuntungan anak syarikat tak boleh nak cover KUIN untuk bangunkan masjid Kuala Ketil kooooott. Ke rugi guane?

JAMIL bohongi Mahasiswa. JAMIL bohongi ibu bapa pelajar. 

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates