Selasa, 3 Julai 2012

KUIN yang TENAT


Kedah Times paparkan semula masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar KUIN yang cuba ditagih penjelasan dari pengurusan KUIN.

Tapi nampaknya tiada tindakan diambil. Ini baru masalah pelajar.

KUIN juga menghadapi masalah dengan staf-staf nya juga.

Mahasiswa KUIN kesal

Pada 12 JUN yang lalu, MPM dengan sokongan Mahasiswa KUIN telah menghantar surat tuntut penjelasan dari pihak pentadbiran KUIN. Walaubagaimanapun surat tersebut langsung tidak mendapat respond dari pihak bertanggungjawab terutamanya JAMIL meskipun tempoh yang diberikan selama seminggu sudah berlalu. Mahasiswa KUIN merakamkan kekesalan kerana sikap JAMIL yang kejam tanpa melayan rungutan mahasiswa KUIN. Dengan bantuan staf tertentu, admin akan dedahkan betapa banyaknya masalah yang dihadapi mahasiswa KUIN tetapi disembunyikan oleh JAMIL. Anda nilailah, wajarkah KUIN diiktiraf ber kuali T?

Berikut merupakan senarai masalah yang telah dilampirkan oleh MPM:

Bendahari

1.    Penjelasan mengenai kenaikkan yuran kepada semua mahasiswa.
2.    Memohon penjelasan berkaitan caj RM 25 bagi pelajar tempatan dan antarabangsa RM 150.
3.    Akaun pelajar minta diperincikan dari segi pemotongan yuran.
4.    Lebihan potongan PTPTN.
5.    Masalah penangguhan yuran.
6.    Kadar bayaran pengecualian kredit yang sangat mahal.
7.    Status GHB.
8.    Jadual kuliah  lambat.
9.    Jadual peperiksaan LAMBAT.
10.    Mohon diadakan sem SHORT-SEM bagi semua kuliah.
11.    Mohon kelas tasmik dimasukkan dalam jadual kuliah.
12.    "facebook" HEA tidak menjawab setiap persoalan yang telah diajukan
13.    Penjelasan tentang kenaikkan yuran asrama.
14.    Mohon kemaskini butiran pelajar luar kampus.
15.    Etika pemakaian tidak berkuatkuasa.
16.    Pengurusan PTPTN yang banyak masalah.
17.    Bangunkan kolum  HEP dalam portal pelajar.
18.    Mohon penjelasan CAJ dan faedah yang diterima oleh pelajar tempatan dan antarabangsa.
19.    Mohon sediakan kenderaan untuk membawa pelajar sakit di asrama.
20.    Mohon pengecualian yuran asrama bagi JAKSA & MPM.
21.    Mohon pejabat MPM di stargate.
22.    MEDICAL CHECK yang membebankan pelajar baru dengan bayaran RM 150 - RM 250.
23.    Keselamatan di induk dan asrama ditingkatkan.
24.    Kemudahan kelas, wifi, telefom awam, dan watercooler tidak berfungsi dengan sempurna.
25.    Sediakan kenderaan khas untuk Kampus Stargate.
26.    Tidak ada pengawal keselamatan wanita.
27.    Staf yang tidak sopan. 

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates