Selasa, 24 Julai 2012

LAYAKAH SEORANG PEMBOHONG MENJADI MENTERI BESAR KEDAH ?


1. Bohong Pertama, kes pelaburan konsesi balak di Papua yang merugikan Kerajaan Negeri Kedah sebanyak hampir RM 6 Juta. Bila ditanya kepada MB Kedah Al Ustz Azizan Al Tiduri jawab mudah dan selamba, "saya tidak tahu dan tidak dimaklum oleh CEO Kedah Corp".

2. Bohong Kedua, kes Ladang Rakyat di kawasan Hutan Simpanan Gunung Inas, Baling. Bila ditanya pemberita berkenaan laporan EIA sudahkah dibuat dan diperolehi oleh Kerajaan Negeri sebelum menggondol semua hutan dara untuk dijadikan ladang rakyat, jawab Azizan " sudah". Sebenarnya jabatan alam sekitar tidak pernah memberi sebarang kelulusan EIA dan telah diarah untuk memberhenti projek tersebut.

3. Bohong Ketiga, kes pembelian saham FGV sebanyak 500,000 saham bernilai RM 2.3 juta, bila diaju soalan jawapan yang standard, "saya tidak dimaklumkan oleh PKNK". Mantan MB Kedah Dato Mahadzir Khalid kata "semua cek melebihi RM 1 Juta mesti mendapat kelulusan MB dan cek ditanda tangan sendiri oleh MB".

4. Banyak lagi pembohongan demi pembohongan yang telah dilakukan oleh MB Kedah demi menyelamat jawatanya.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates