Rabu, 25 Julai 2012

Malaysia Kian Teguh Disebalik Krisis


New York, Hong Kong, London...Kuala Lumpur? Malaysia kini sedang giat berkembang. Kini, negara ini hanya perlu mengekalkan momentum.

Negara Asia Tenggara ini mempunyai tawaran awam permulaan (IPO) kedua dan ketiga terbesar dunia bagi tahun ini - RM10.4 billion bagi penyenaraian Felda Global Ventures dan IPO IHH Healthcare sebanyak RM6.3 billion. Manakala tanda aras bagi Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) pula memecahkan rekod pada hari Rabu lalu kerana mencapai kenaikan sebanyak 7% bagi tahun ini.

Sokongan terhadap ekuiti Malaysia adalah antara faktor utama. IPO Felda sebagai contoh, banyak dibeli oleh pelabur yang berlatarbelakangkan kerajaan seperti anak-anak syarikat Kerajaan Negeri. Simpanan persaraan yang wajib diambil adalah antara perkara yang banyak membantu meningkatkan pasaran tempatan.

Ekonomi Malaysia turut menjana pendapatan yang baik. kadar pengangguran adalah rendah, kadar inflasi adalah pada kadar 2%. Kadar pertumbuhan produk domestik kasar adalah pada kadar 5%. Perkara-perkara tersebut adalah penting kerana pasaran saham Malaysia kebanyakannya terdiri daripada syarikat-syarikat domestik.

Kadar eksport juga semakin meningkat. Komoditi-komoditi seperti minyak sawit, petroleum dan gas merangkumi suku daripada keseluruhan kadar eksport, manakala selebihnya dirangkumi oleh barang-barang elektronik dan barangan kilang. HSBC menyatakan bahawa kadar eksport Malaysia hanya turun sebanyak 2% sejak Ogos lalu, berbanding dengan 13% bagi Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina.

Bank-bank Malaysia juga kelihatan teguh. Kualiti aset yang kuat dan pengurangan kadar hutang bagi bank-bank Eropah tidak memberikan sebarang ancaman. 

Namun, masih lagi terdapat beberapa risiko yang perlu diambil kira. Kadar pasaran dunia yang agak lemah mungkin akan menjatuhkan ekonomi. kadar keseluruhan eksport adalah pada kadar 16% - lebih tinggi berbanding dengan negara-negara jiran seperti Indonesia dan Filipina.

Politik juga memainkan peranan penting bagi meningkatkan kadar ekonomi. Perdana Menteri Najib Razak mahu menaiktaraf infrastuktur dan menaikkan kadar pelaburan bagi sektor-sektor seperti minyak dan juga pelancongan. Para pelabur perlu berharap agar agenda ini kekal walaupun keputusan bagi PRU yang akan datang masih lagi tidak dapat dipastikan.

Kadar indeks dagangan pula berada pada kadar 15 daripada pendapatan semasa. Beberapa penganalisis yang menyatakan bahawa ini sudah cukup banyak dan mewah. Malaysia mempunyai momentum. Namun, kini segalanya bergantung kepada keadaan politik dan juga kadar kelemahan pasaran dunia. - Cynthia Koons


Dipetik dari The Wall Street Journal
Khamis, 19 Julai 2012

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates