Rabu, 25 Julai 2012

Mari cadangkan Bahagian Bermasalah di Kedah

Kedah Times ajak pembaca sekelian cadangkan nama-nama bahagian yang bermasalah di Kedah. Kalau lah pihak atasan UMNO baca blog ini, sekurang-kurangnya mereka boleh shortlist dan masukkan ke dalam diari TS Muhyidin supaya datang lawat dan selesaikan masalah dibahagian tersebut.

Terus-terang Kedah Times katakan yang ada bahagian tertentu, UMNO seolah-olah sudah tida wujud lagi. Yang wujud hanyalah ketua bahagian. Dalam apa saja program atau majlis, nama UMNO sudah tertinggal di belakang, yang ke hadapan hanyalah Ketua-Ketua UMNO saja.

Soalan Kedah Times .... Perjuangan untuk UMNO ka atau untuk individu?

Kalau dah liat sangat nak berubah atau selesaikan masalah bahagian, beri kata dua sahaja. Ruang komen dibuka sepenuhnya untuk cadangan.


BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

AWANG lega apabila mendapat tahu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan turun padang ke UMNO bahagian bagi menyelesaikan sebarang masalah dalaman.

Amaran kepada ketua bahagian
UMNO Bermasalah
Bagi Awang itu juga tandanya pilihan raya umum sudah terlalu dekat.

Langkah yang diambil itu tepat pada masanya memandangkan masih wujud beberapa masalah, yang sedikit sebanyak boleh menjejaskan keputusan pilihan raya kelak.

Awang berharap semua pihak yang akan dilawati oleh Timbalan Presiden UMNO itu akan menerima sebarang teguran dengan hati yang terbuka.

Ingatlah individu tidak penting, tapi yang lebih penting ialah keutuhan parti dan negara tercinta ini.
Dalam suasana politik yang kurang mantap, kita berharap pertemuan itu kelak akan menghasilkan keputusan yang baik.

Kata Muhyiddin semalam: ‘‘Kita tahu ada masalah. Misalnya di Kedah apabila kita kalah dalam pilihan raya umum lalu dan apabila disemak kenapa kalah, ia bukan disebabkan Pas kuat tetapi berlaku ‘cah keting’ dalam UMNO.

‘‘Dia sabotaj. Macam mana calon Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh menang tetapi wakil kita di Parlimen kalah. Ini jelas ada yang tak amanah dan tak sokong calon-calon yang kita letak. Perkara ini perlu kita uruskan,’’ katanya.

Awang tidak mahu ulas panjang. Hanya keikhlasan dalam perjuangan sahaja yang akan memenangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 ini kelak.

Soal peribadi dan diri sendiri letak ke tepi dahulu.

AWANG - Pemerhati sahaja.

23 comments:

Tanpa Nama berkata...

Adakah Pokok Sena merupakan salah satu Bahagian yang terlalu banyak masalah?

Tanpa Nama berkata...

Yg dah konpom Padang Serai.Bukan UMNO saja BN pun teruk.
Banyak nahoda.

Pengundi Kupang berkata...

BALING PUNYA UMNO PUN KALUT.
LAGI SERABUT.

Nayan berkata...

Aku ingat Sik pun ada masalah. UMNO dah tak wujud. Yang wujud hanya Ketua Bahagian.

Tanpa Nama berkata...

Punca paling besaq UMNO berpecah belah satu ja, dalam UMNO terlalu ramai mat terap non graduate pencen dan cikgu non graduate pencen. Depa ni la duri dalam daging paling besaq, majlis umno haram tak penah mai dan tak penah sokong tapi kalau Mokhzani, Mukhriz dan Mahathir mai, depa la yang paling kalut dok jengoi muka kat belakang. Memang haram jadah betoi mat terap dan cikgu pencen ni,gunting dalam lipatan.

1 Melayu berkata...

Bahagian Sungai Petani Hancur Lebur,semua nak jadi Ketua Bahagian dan Wakil Rakyat,12 orang AJK mencalonkan nama masing masing untuk menjadi Ahli Parlimen dan ADUN.

1 Melayu berkata...

Bahagian Merbok nampak tenang tapi kocakan dibawah tunggu hari bom jangka nak meletup,Ketua Bahagian nak semua untuk dia,AJK Bahagian semua half past six,hidup segan mati tak mahu tapi sebut saja nak jadi wakil rakyat,melenting semua bangun dari tidur,semua kata aku layak !

Sri Keledang. berkata...

Di Baling sentimen mahu anak watan jati tempatan untuk calon BN cukup panas.
Baling untuk Baling.Tak perlu kolonial ala baru.

Seniman Bukit Perak berkata...

Mat Sabu sudah hampir pasti akan bertanding di Palrimen Pendang.Siapa tokoh BN yg layak untuk tumbangkan Timabalan Presiden PAS itu.

Rozai/Suraya/Osman Bedul/Din Tahir.

Tanpa Nama berkata...

Jangan dok mengarut la 1Melayu woii, orang lain semua half past six, kalau hang berani, teloq masih dok ada, mai la bertanding bahagian merbok...Setakat dok melalak kat belakang, dok berlakon depan mokhzani, mukhriz boleh la...mukhriz pun tau hang tara mana... bertanding ajk masjid/surau pun hang tak pernah menang... memang orang tak suka hang, tak payah la hang dok tunjuk samseng taik kucing...memang patut hang dok luaq umno pun... hidup bagaikan bangkai...

Tanpa Nama berkata...

Biaq pi la ketua bahagian merbok nak kat dia, kalau hang rasa tak puas hati, hang ja la bertanding ketua bahagian merbok, kami nak tengok hang setara mana... Hang pi kencing umno bahagian-bahagian lain boleh la...kat merbok semua orang kenai hang... hang ni bodoh saja, jenis parasit... selama hang dok dalam umno cuba hang bagitau kami, apa jasa hang kat umno? hang ni kira nak bagi ahli umno pecah belah saja... budak sehari dua dok dalam umno boleh la hang kencing meleleh, kami ni dok dalam umno dulu lagi dari abg hang masuk umno, kami kenai hang luaq dalam... jenis tak kenang dek untung...

Anak Tg. Dawai. berkata...

Tanpa Nama Ahad ,Julai 22,2012 12:49:00 AM.Tahniah diatas komen ada yang bernas dan cukup berani,sekurang kurangnya anda berani memaki hamun sesiapa saja yang bertentangan pendapat dengan anda,kalaulah sifat berani ini diterjemahkan dengan menyerang blog blog pembangkang seperti Kedah La,m
Milo suam,Tukar tiub,Bakaq penarik beca,Malaysia Kini,Malaysian Insider,Free Malaysia,Malaysia Today,Harakah ,Suara Keadilan,Suaram dan Roket,UMNO dan BN pasti menang dengan besarnya dalam PRU 13
nanti dan ianya dikuburkan oleh pejuang pejuang siber yang berani macam tanpa nama.

Malangnya adakah anda bercakap benar atau anda mahu mempertahankan orang orang tertentu,mahukah anda lihat pendedahan sebenar yang melibatkan AJK Bahagian dibongkar didalam media alternatif.Jika anda sanggup ,terdapat ramai orang yang tahu secara detail percakaran yang sedang berlaku antara Ketua Bahagian dengan Ketua Penerangan,Ketua Wanita ,Ketua Puteri,Timb Ketua Bahagian yang gambarnya bersama......di M....telah didedahkan ahli Merbok sendiri,pertelingkahan Ketua Caw dengan Su Bahagian @ Penyelaras DUN Tanjung Dawai dan banyak lagi bukti lengkap dengan gambar ! Berani kerana Benar.

Tanpa Nama berkata...

Tu la hang, tak pernah menang jawatan bertanding di peringkat bahagian jadi lagu ni la. Pada pendapat hang, apabila ada perbezaan pendapat di sesuatu bahagian kira depa tu bergaduh la padahal perkara tu semua proses biasa dalam demokrasi. Bukan mcm hang, semua orang hang nak ikut cakap hang. Masalahnya, hang tu sapa? Kalau hang nak taksub kat individu tertentu dalam umno saja, lebih baik hang jangan masuk campuq dalam hal parti umno. Hang pi cari makan kot luaq cukup. Awat hang ingat kalau hang takdak dalam umno,umno akan jadi lemah? Jangan dok perasan la. Hang ni memang haram jadah. Bantu umno bukan dengan cara serang blog pembangkang saja,kalau kita dok dalam umno buat perangai elok2 bagi rakyat suka dah cukup membantu umno...Jangan dok jadi bodoh la woi

Buaian Petang berkata...

Padang Serai ada 6 Jahanam.Mereka menjadi perosak dan kehancuran dalam UMNO.
Kerana merekalah UMNO Padang Serai terus dilanda kerosakan.
Semoga pucuk pimpinan dapat pilih tokoh yg lebih baik dari agamanya,akhlaknya,kelikhlasannya,budi bahasanya,amanahnya,kesederhanaannya.Rekod yg bersih .

anak merbok berkata...

Tanpa nama,hujah anda memang cukup hebat,kehebatan hujah beginilah yang akan menyebabkan UMNO dibenci oleh Rakyat dan rakyat akan menghukum UMNO dek kerana perangai ahli UMNO yang sombong lagi angkuh seperti Tanpa Nama.Sedarlah sikit Tanpa nama,ahli UMNO dalam Merbok hanya 19 ribu saja,jumlah pengundi hampir 70 ribu,UMNO tidak akan menang tanpa pengundi atas pagar dan bukan ahli UMNO mengundi UMNO .Jangan terlalu sombong ,angkuh dan terlalu yakin yang rakyat akan mengundi UMNO dan BN dalam PRU 13 nanti.Sepatutnya Tanpa nama kena terima kasih diatas teguran dan pandangan dan cuba menjadi seorang pemimpin dan ahli UMNO yang rendah diri serta sanggup menerima kritikan dan berani berubah.Kalau begini sikap Tanpa nama amat malang bagi UMNO ,sebuah parti yang amat berjasa kepada bangsa Melayu dimusanhkan oleh Pemimpin UMNO seperti Tanpa Nama.

S.A.Hamid berkata...

Kepada semua pelawat dan pengulas. Diharap sama-samalah kita menjaga keharmonian parti. Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul. Yang penting adalah kemenangan UMNO menawan semula negeri Kedah. Kembalikanlah kegemilangan UMNO untuk anak dan cucu kita.

Kedah La berkata...

KAH KAH KAH ,bodo lebih dr lembu hangpa ni. hangpa sedaq tak? komen2 hangpa yg lebih bodo dr lembu ni org pakat2 baca & gelak2 terguling kat kedahla.blogspot.com. selamat berdebat sesama hangpa.

p/s; patutlah bos hangpa Najib x berani nak berdebat. KAH KAH KAH

Tanpa Nama berkata...

Sah, dalam ruangan komen ni saja dah membuktikan bukan sahaja bahagian tertentu saja yang bermasalah. Tetapi sesama ahli pun teruk juga. Bila dah sokong seseorang, orang lain semua tak betul, yang dia sokong je betul. Fikir2lah, apa sebabnya?

Ahli UMNO berkata...

Kenapa UMNO Bahagian-Bahagian di Kedah masih penat bertdasarkan komen dan realiti sebenar dalam rumah tangga UMNO .

1.Kalau ketua jalan tak betul macamana anak buat nak jalan betul.
2.Kalau dah keruh di atas maka dia terbawa sampai kebawah.Ini perangai ahli UMNO yg tak mau berubah.
3.Kalau kepala pun busuk.Badan dan ekor pun kalau tak kerat kepala dia maka seluruh badan jadi busuk.
4.Kalau dah ada amanah untuk semua rakyat jelata tapi ada tak ada amanah.Ada 3/4 amanah.Ada 1/2 amanah.Ada yg 0/0 amanah.
5.kalau dah Najib tunggang langgang kerja kuat siang malam jual nama BN/UMNO.Tapi yg dibawah ditahap itu juga.Apa boleh buat.
6.Kalau PAS pun relek kerana UMNO pun lagi relek kerana buah selalu jatuh keriba tak berapa sampai ketanah.Itu pilih-pilih.
7.Pas /PKR bukan kuat banyak isu.UMNO Kedah macam tak ada penyerang hebat.Macam ayam daging.
8.UMNO kedah ada tiga sayap.Apa dah jadi dengan sayap-sayap ini.
9.BN boleh menang tapi kemenangan tak boleh jatuh keriba dgn mudah.Pas/PKR tak akan bagi free begitu sahaja.
10.Sebenarnya pemimpin UMNO/BN Kedah perlu yg dinamik,agresif,proaktif,intelektual,intergriti tinggi,dll.

Semoga UMNO/BN akan terus bangun.

Tanpa Nama berkata...

Kepada Kedah La...anda dok jaja yang anda tu Islam tapi bahasa anda memperbodohkan orang tu Islam suruh ka. Hamba dok jaja debat konon tapi kenapa DUN Kedah bersidang 90 minit saja. Kalau nak debat debatlah dalam parlimen dan DUN. Debat ala barat elok ka kat Malaysia ni yang ramai masih tak tahu membezakan politik dan negara. DS Najib tak perlu debat dengan penipu dan peliwat seperti Anuwar. Ada Parlimen. Berdebatlah dengan fakta di sana. DS Najib bukan bodoh. Berpuluh tahun dalam politik. Dia lebih kenal siapa dan apa agenda Anuwar daripada manusia-manusia seperti Kedah La. Dalam Islam pun ada kaedah debat yang lebih baik dan sedang diamalkan dalam parlimen dan DUN.

1 Melayu berkata...

Kedah La,

Jangan dok seronok sangat mencaci orang,masa Pas memerintah Kedah amat terhad dan kini berada di hujung tanduk.PAS Kedah sedang berada didalam keadaan cukup NAZAK macam MB AlUstz Azizan AlTiduri.Penyakit yang PAS Kedah sedang hadapi sama macam penyakit kronik Ustz Azizan hadapi,ada kencing manis,ada sakit buah pinggang,ada sakit lemah jantung dan yang paling teruk sekali mata pun dah tak nampak.Itu sebanya bila pemberita tanya ,Ustz Azizan jawab tak tahu,dia tak tahu sebab dia dah tak boleh baca lagi macam PAK GUS DUR.Bodohnya orang PAS lantik Ketua yang lemah akal fikiran,lemah dari segi kesihatan,mata dah hampir buta tapi tenaga batin dan nafsu cukup kuat.

Kedah La ! laporan risikan terkini, Pas Kedah akan tumbang,rakyat amat meluat dan marah dengan sikap Pemimpin pemimpin PAS dan sekutunya PKR dan DAP yang bodoh dan malas buat kerja.Contohnya di Parlimen Merbok,Dato Rashid Din, Ahli Parlimen Merbok tak buat apa langsung dalam Parlimen Merbok dan rakyat tak tahu sama ada Rashid Din masih hidup atau sudah mati ?Dalam persidangan Parlimen tak pernah Rakyat nampak Dato Rashid bangun membuat soalan atau berdebat dengan Ahli Parlimen BN.Dun Bukit Selambau lagi teruk,YB Arumugam dikenakan tahanan rumah diINDIA lepas tu dipaksa kosongkan kerusi oleh AlSheikul Anwar Ibrahim ALliwati.Yb Manikumar dari PKR yang menang dalam Pilihanraya Kecil pun sama dua kali lima.YB Doktor Hamdan ADUN Tg Dawai sedang bergelut dengan panglima dan askar askar upahan Pas yang mahu mengusir beliau dari Dun Tanjung Dawai,mereka mahukan anak tempatan Tanjung Dawai jadi ADUN mereka.

Ramalan pengundi Parlimen Merbok ialah PAS akan tersungkur pada PRU 13 nanti dan kami akan tentukan yang BN/UMNO akan merampas kembali kesemua kerusi DUN dan Parlimen .

Nayan berkata...

KEdahLa macam tok bomo hantu. Kalau pi jumpa bomo tu, dia akan kata ini perbuatan jiran. Itulah kerja syaitan. Melagakan sesama Islam supaya berkelahi dan berpecah.

Dalam bulan puasa ini Allah rantaikan syaitan dari kaum jin/iblis. Tapi Allah tak rantai syaitan berbentuk manusia

Tanpa Nama berkata...

Walau apa pun, kami selaku pengundi barisan nasional tetap dengan hasil risikan kami, selagi mat terap pencen dan cikgu pencen jadi aktivis umno,jangan mimpi BN akan rampas walau satu kerusi pun daripada pakatan rakyat. Jadi terpulangla kepada BN, sama ada sayang undi daripada sebilangan kecil mat terap pencen dan cikgu pencen atau mahukan majoriti undi dari rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan. Tepuk dada tanya ilmu dan bukannya tepuk dada tanya idea longkang dari mat terap pencen dan cikgu pencen.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates