Jumaat, 20 Julai 2012

Masjid tidak dibina tapi pusat Maksiat dibiar tumbuh

Maka benarlah apayang selama ini Kedah Times dedahkan tentang pertumbuhan pesat pusat-pusat maksiat seperti pusat karaoke keluarga, nite club dan mungkin jika kita lihat secara lebih ekstrem lagi pusat pelacur juga sudah subur semula di Kedah. 

Danok sudah tidak famous lagi. Apa yang ada di Danok kini ada di Kedah. Yahoooooooooooo!

Begitu juga pendedahan yang dilakukan blog AloqStaq, MTK, Mc dan lain-lain. Gambar-gambar yang disiarkan bukan superimpose tapi gambar sebenar yang diambil oleh pejuang-pejuang ini.

Kedah Times Salute Inspirasi Sejahtera kerana mengakui kebenaran pendedahan ini. 

Kedah Times ingin mengajak penyokong-penyokong PAS supaya berfikir sejenak. Masid tidak dibina, tapi pusat maksiat dibiarkan tumbuh. Apakah ini selari dengan kata-kata pemimpin-pemimpin PAS selama ini di atas pentas ceramah mereka?

Tepuk dada tanya iman. Kedah Times tidak mahu bersubahat!


LESEN NITE CLUB : JIKA PANDANG ENTENG BOLEH JATUHKAN PAKATAN RAKYAT KEDAH

Kerajaan Kedah nampak tidak memandang serius soal - soal sensitif orang PAS di Kedah.

Dulu saya pernah dedahkan isu gambar besar yang dilekatkan sebagai tanda projek AMAN CENTRAL yang memaparkan tubuh wanita , couple, karaoke, pergaulan bebas. Kalau UMNO buat tak palah , ini dah tukar Kerajaan PAS pun , soal yang kecil seperti itu tak boleh buat perubahan, bagaimana nak tawan Putrajaya. Itu pun hingg kini iklan itu belum ditanggalkan.... ego sungguh DS Azizan.

Kini isu terbaru pembukaan Nite Club dekat Teco Mergong yang diiklankan sepanjang tiang di Alor Setar dengan terbuka dan berani.

Kenapa pihak berwajib masih berdiam diri soal nite club. Bukan kah janji PAS untuk memberikan kebekatan kepada negeri tadbirannya. Saya mungkin boleh baik sangka dengna mengatakan pihak MBAS terlepas pandang dalam membri lesen, sedangkan Kerajaan PAS Kedah sudah berikrar untuk tidak memberi lesen yang baru  kepa kelab malam, cuma yang lama zaman UMNO tak boleh nak buat apa.

Jika kita masih berdiam diri, Pemerintah Kerajaan PAS sama saja dengan UMNO.

Wahai DS Azizan, sudahlah ... tak kan pilihanraya punya pasal, nak jaga UMNO takut kucar kacirkan politik Kedah punya pasal boleh biar sahaja kemungkaran berleluasa di Kedah. Jika dibiarka , tunggu janji Allah pada pilihanraya ini.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates