Jumaat, 20 Julai 2012

MB Arah Jual Saham FGVH: Bukti Kedah Tak Pandai Berniaga


Demi menjaga ‘air muka’ partinya, Dato’ Seri Azizan Razak membuat kanyataan merelakan PKNK melepaskan ‘tuah’ dan membiarkan negeri kerugian.  

Walaubagaimanapun, ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana selama ini juga PAS sentiasa mendahulukan politik daripada rakyat, mahupun agama.   



Alasan Azizan bahawa pembelian saham tersebut adalah ‘masalah teknikal’ membuktikan cakap-cakap orang selama ini bahawa beliau sememangnya tidak tahu apa-apa.   Kerana tidak mengambil tahu apa-apa termasuk apa yang berlaku di dalam organisasi di bawah kawalannya, negerinya malah partinya, membuatkan Azizan seringkali terhantuk baru tergadah.  

Mungkinkah Azizan tidak tahu bahawa beliau merupakan Pengerusi PKNK? Bagaimana seorang Pengerusi merangkap Menteri Besar boleh terlepas pandang akan pelaburan berjumlah RM2 juta lebih yang dilakukan oleh organisasi utama kerajaan negeri yang bertanggungjawab untuk menjana pembangunan sosio ekonomi negeri?

Bagaimana satu keputusan yang baik ditafsir sebagai ‘masalah teknikal’?   

Sebenarnya, ‘masalah’ di sini bukan pembelian saham tersebut, tetapi Azizan itu sendiri.  

Azizan sendiri keliru atau mungkin terpinga-pinga apabila disoal mengenai perkara ini.  Ini dapat dilihat dalam jawapan beliau yang menyatakan bahawa keputusan PKNK itu tidak bercanggah dengan PR, sedangkan isu besar di sini ialah ‘PR menentang keras penyenaraian Felda’.   Justeru bagaimana beliau dapat menjelaskan ‘tiada pertentangan’ antara keputusan PKNK dengan PR?  
Malah Azizan juga seolah-olah memberi jawapan tidak yakin dan tidak tegas bila menyatakan yang beliau “menyerahkan kepada PKNK untuk mempertimbangkan dan membuat keputusan selanjutnya termasuk untuk menjual saham tersebut.”  Nampaknya Azizan tidak dapat atau tidak tahu bagaimana untuk membuat keputusan dan mengembalikan persoalan tersebut ke bahu PKNK.  Walhal, peneraju utama PKNK adalah beliau sendiri.  

Tidak mungkin PKNK tidak pernah mengadakan mesyuarat dengan Pengerusinya dan tidak mungkin Pengerusi tidak diberitahu mengenai pembelian saham yang menjadi kontroversi.   Sebagai Pengerusi, Azizan sewajarnya duduk bersama Ketua Eksekutif PKNK sama-sama meneliti dan menganalisis saham FGVH sebelum membuat keputusan.  

Kita faham bahawa PKNK bukan satu-satunya organisasi yang dibawah tanggungjawab Azizan tetapi PKNK adalah organisasi paling  utama, atau nadi bagi negeri Kedah.  Justeru, tidak ada alasan bagi Azizan untuk terlepas pandang akan hal-hal yang melibatkan PKNK terutama yang membabitkan jumlah wang lebih RM2 juta.  Kita sedia maklum bahawa kewangan negeri Kedah berada di tahap kronik dan jumlah RM2 juta adalah besar bagi negeri tersebut.  

Apalah nasib negeri Kedah di bawah kepimpinan Menteri Besar yang tidak tahu apa-apa.  Sudahlah tiada satu pun projek yang mampu menjana pendapatan negeri yang dapat dilaksanakan dan kini untuk melabur atau berniaga juga mendapat halangan.  

Sepatutnya, Azizan membuat keputusan yang terbaik untuk negeri dan rakyatnya, bukan partinya.  Rakyat memilih beliau untuk menjaga kebajikan mereka dan juga mentadbir negeri, bukannya parti.  Justeru, beliau wajar memikirkan semasak-masaknya kepentingan siapa yang perlu diutamakan.  Dengan meletakkan kepentingan politik mendahului rakyat dan negeri, serta meletakkan tanggungjawab sendiri ke atas bahu orang lain, maka Azizan telah dengan sendirinya menunjukkan yang beliau tidak layak duduk di kerusi Pengerui PKNK mahupun kerusi Menteri Besar. 

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates