Jumaat, 20 Julai 2012

Orang PAS mengaku PAS tidak boleh memerintah

PAS hanya layak menjadi pembangkang. Mereka tidak layak untuk menjadi pemerintah. Itulah hakikatnya.

Kedah Times amat bersetuju kerana PAS boleh menjadi check & balance kepada kerakusan sesetengah pemimpin UMNO.  

UMNO memang layak untuk menjadi pemerintah dan PAS boleh menjadi pemerhati kepada UMNO supaya tiada penyelewengan oleh pemimpin-pemimpin yang cuba menonjolkan kepentingan diri.

Seperti kata blog INSPIRASI (Hijau Bulat), banyak isu-isu harian tidak dapat diselesaikan PAS. Inikan pula membangunkan sebuah negeri. Itu belum kita bincang tentang perlaksanaan apa yang PAS laungkan selama ini di atas pentas. Itu belum cerita tentang kemakmuran ekonomi yang perlu dilakukan PAS. Belum lagi peluang-peluang pekerjaan untuk muda-mudi kita.

Memang banyak perkara yang PAS tidak dapat lakukan. Malahan isu yang sedia ada tidak dapat diselesaikan.

Mungkin benar kata blog Inspirasi Hijau Bulat yang kita perlu serahkan kembali pemerintahan kepada yang layak. 

Ini kata penyokong PAS. Dan pasti ramai bersetuju. Kedah Times 100% bersetuju. Jadi apa lagi PRU13 ni, kita tukar kepada yang boleh memerintah.



KEDAH DIPERINTAH OLEH KERAJAAN AZIZAN BUKAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

Kerajaan Kedah nampak gah pada peringkat awal pentadbiran hingga pertengahan. Isu Babi dan Arak dapat diselesaikan dengan baik. Begitu juga isu sampah dapat menyenangkan hati rakyat.

Namun sejak dekat dengan pilihanraya, DS Azizan nampak seperti dah nak ikut rentak UMNO. Perangai DS Azizan yang perongos dan baran kadang-kadang tidak melayakkannya menjadi MB Kkedah.

Isu yang paling hangat ketika ini yang sukar dijawab oleh pimpinan PAS sendiri ialah isu KUIN. Bermula isu Mahasiswa KUIN , DS Azizan setuju guna AUKU dan akta setaraf dengannya sehinggalah masalah staf KUIN yang akhirnya dengan lantang berdemo untuk pecat Rektor mereka namun sebaliknya dihalnang oleh DS Azizan

Menurut sumber, demo staf KUIN  yang berlaku pada hari selasa dan pada keesokan harinya adalah mesyuarat exco, majoriti exco bersetuju untuk pecat Dato Jamil, Rektor KUIN, namun DS Azizan guna kuasa veto kuku besinya untuk menyelamatkan Dato jamil. 

DS Azizan lebih rela PAS kalah daripada D Jamil dipecat.

Semua masyarakat dah mula buka mata di atas kepincangan pemerintahan DS Azizan. Kami dah tak larat nak bela kamu dah wahai DS Azizan, kami jawab lagu lain , hang buat lagu lain.

memang DS Azizan cari nahas betul, jangan pakai otak sendiri saja. Dalam pemerintahan Islam kena syura, tawadhuk, akal bohlah tang kepala bukan kepala lutut DS Azizan oiiii.

Daripada kita memerintah bagi lesen hiburan mereta ceruk, gambar billboard pun nak letak yang tutup uaurat pun payah, buat zalim pada student dan staf KUIN, isu balak, semua ni dapat dosa jaa, baik kita jadi pembangkang lebih baik daripada pemerintah yang zalim dan berdosa.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates