Isnin, 16 Julai 2012

PAS Menipu Untuk Rampas Saham Peneroka


Tidak cukup dengan mengerahkan penganut-penganutnya untuk membuat kerja sia-sia menyertai Himpunan Oren, tetapi PAS juga melakukannya dengan menipu peneroka hidup-hidup. 

Mana tidaknya, dalam berarak, berdemo dan berniaga menjual baju oren, hijau dan sebagainya konon memohon agar saham FGV digantung, tetapi puak-puak PAS sendiri kelam kabut menyambar saham FGV.   

Ini terbukti apabila kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS telah mengesahkan pemilikan 500,000 saham FGVH yang diperuntukan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang ditawarkan kepada Bumiputera.  Ini disahkan sendiri oleh Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Datu Abdul Rahman Ibrahim.

PKNK pada awalnya memohon 1 juta unit tetapi MITI hanya meluluskan separuh sahaja.  PKNK telah melanggan saham tersebut dengan harga RM4.55 seunit dan melabur sejumlah RM 2,275,000.   Malah, PKNK juga telah mendapat keuntungan kasar sebanyak RM47,500 apabila menjual 50,000 unit pada harga RM5.50 seunit. 

Kita terima alasan PKNK bahawa pemilikan saham tersebut tidak ada kena mengena dengan politik kerana PKNK pastinya melihat kepada keuntungan.  Dalam ertikata lain, penyenaraian itu membawa kebaikan iaitu keuntungan kepada banyak pihak.  

Tetapi, kita merasa hairan dengan pendirian PKNK ini kerana PKNK adalah sebuah organisasi di bawah pengurusan kerajaan PAS dan pastinya wajib bertindak selaras dengan aspirasi dan perjuangan PAS.  

Dengan mengambil pendirian berbeza, kita tertanya-tanya, apakah ini menunjukkan kerajaan PAS Kedah tidak bersetuju dengan PAS Pusat sekali lagi?   Selama ini, kepimpinan Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah sering dikritik sebagai ‘berlainan arah’ dengan PAS Pusat sehingga terpaksa diwujudkan Jawatankuasa Pemandu untuk ‘memandu’ Ustaz Azizan.   

Kali ini, susah-susah PAS mengerahkan ahli agar menyertai Himpunan Oren tetapi Ustaz Azizan pula membiarkan PKNK bertindak sebaliknya dengan membeli saham yang ditentang oleh Himpunan Oren.  

Apakah ini masalah pendirian yang berbeza antara PAS Pusat dengan PAS Kedah ataupun apakah ini bukti bahawa PAS secara keseluruhannya menerima baik penyenaraian FGVH dan Himpunan Oren hanyalah gimmick politik murahan?  Mungkinkah ada dari kalangan para pemimpin PAS yang sengaja ingin menipu peneroka agar melepaskan pemilikan saham mereka sementara pemimpin PAS sendiri berebut-rebut membelinya?

Kita percaya, PAS sedia maklum bahawa penyenaraian itu adalah satu keputusan yang tepat dan PAS juga tahu bahawa Himpunan Oren tidak akan membawa apa-apa perubahan iaitu penyenaraian tidak boleh ditarik balik dan saham tidak boleh digantung.  Oleh itu, tindakan PKNK membeli saham FGVH adalah tindakan yang pastinya direstui oleh PAS Pusat walaupun tidak secara nyata.  

Nampaknya, para peserta Himpunan Oren telah benar-benar terpedaya oleh permainan politik PAS.  Nasib baik himpunan tersebut tidak bertukar ganas sepertimana BERSIH 3.0 jika tidak mereka mungkin tercedera atau kehilangan nyawa kerana sesuatu yang sia-sia.  

Begitupun, PAS hanya berjaya menipu segelintir peneroka dan penganutnya sahaja iaitu dalam jumlah tidak sampai 5,000 orang pun berbanding sasaran 20,000 orang untuk menyertai himpunan tersebut.  

Mungkin ramai dari penganut PAS sendiri sudah dapat membaca kelicikan pemimpin-pemimpin mereka dan tidak sanggup lagi membodohkan diri berpanas dan mungkin berhujan, berarak membawa memorandum yang tidak memberi manfaat kepada sesiapa.  Kerana itu, penganut-penganut PAS hanya menyambut dingin arahan kerahan rasmi bertulis untuk menyertai himpunan tersebut.  

Entah bila parti PAS ini akan berhenti menipu rakyat dan mula bekerja.  Pilihanraya semakin hampir, tetapi PAS masih tidak serik menggunakan strategi politik jahat lagi murahan yang akhirnya memakan diri sendiri.

1 comments:

1 Melayu berkata...

Ahli PAS sah telah menjadi Kaldai dan unta baghal Pemimpin mereka terutama sekali Al Ustz Mat Sabun dan Niky Ajis serta AlUszt Al Tiduri Azizan Razak,Menteri Besaq yang sedang Nazak !

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates