Rabu, 4 Julai 2012

PAS yang GAGAL

Kedah Times petik dari blog Pejuang Sukarelawan PAS. Pembaca nilai sendiri keadaan PAS Kedah sekarang.

Sudahlah mereka tidak dapat membangunkan negeri Kedah, nak kuatkuasakan undang-undang yang sedia adapun mereka tidak mampu.

Zaman UMNO dulu, undang-undang hiburan diluluskan. Pusat-pusat hiburan dan maksiat dikawal dengan baik.

Tetapi dizaman Pemerintahan Kerajaan Islam PAS, semuanya terbalik. Sehingga mereka sendiri menjadi keliru siapa sebenarnya yang memerintah.


LESEN NITE CLUB : JIKA PANDANG ENTENG BOLEH JATUHKAN PAKATAN RAKYAT KEDAH

Kerajaan Kedah nampak tidak memandang serius soal - soal sensitif orang PAS di Kedah.

Dulu saya pernah dedahkan isu gambar besar yang dilekatkan sebagai tanda projek AMAN CENTRAL yang memaparkan tubuh wanita , couple, karaoke, pergaulan bebas. Kalau UMNO buat tak palah , ini dah tukar Kerajaan PAS pun , soal yang kecil seperti itu tak boleh buat perubahan, bagaimana nak tawan Putrajaya. Itu pun hingg kini iklan itu belum ditanggalkan.... ego sungguh DS Azizan.
Kini isu terbaru pembukaan Nite Club dekat Teco Mergong yang diiklankan sepanjang tiang di Alor Setar dengan terbuka dan berani.

Kenapa pihak berwajib masih berdiam diri soal nite club. Bukan kah janji PAS untuk memberikan kebekatan kepada negeri tadbirannya. Saya mungkin boleh baik sangka dengna mengatakan pihak MBAS terlepas pandang dalam membri lesen, sedangkan Kerajaan PAS Kedah sudah berikrar untuk tidak memberi lesen yang baru  kepa kelab malam, cuma yang lama zaman UMNO tak boleh nak buat apa.

Jika kita masih berdiam diri, Pemerintah Kerajaan PAS sama saja dengan UMNO.

Wahai DS Azizan, sudahlah ... tak kan pilihanraya punya pasal, nak jaga UMNO takut kucar kacirkan politik Kedah punya pasal boleh biar sahaja kemungkaran berleluasa di Kedah. Jika dibiarka , tunggu janji Allah pada pilihanraya ini.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates