Khamis, 19 Julai 2012

Proses merosakkan Islam sedang berlaku

Sahabat baik PAS dan PKR sedang menghancurkan institusi Raja kita. Sebaliknya PAS dan PKR hanya berdiam diri.

Kedah Times sudah dapat bayangkan yang satu hari nanti Islam pula bakal menerima nasib seperti ini jika dibiarkan berterusan. Harap kepada PAS dan PKR ... boleh dikatakan harapkan pagar, pagar makan padi.

PAS dan PKR lebih pentingkan kuasa dan jawatan. Islam dan Melayu dibiarkan hancur.

Inilah permulaan kepada program kepada menghancurkan Islam di Malaysia. Mulakan dengan 'caretaker'nya dulu.


DAP calon bekas bapa ayam terima pingat?

BUKIT MERTAJAM 17 Julai - Entah atas kriteria apa yang ditetapkan DAP, parti itu telah mencadangkan seorang lelaki yang didakwa pernah menjadi bapa ayam untuk menerima Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) sempena ulang tahun sambutan kelahiran Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Sabtu lalu.

Perkara tersebut kini menjadi bualan hangat dalam kalangan penduduk di sini kerana tidak berpuas hati dengan penganugerahan pingat kebesaran tersebut.

Menurut sumber, lelaki berkenaan yang berasal dari Alma yang memegang jawatan tinggi di sebuah cawangan DAP itu juga pernah bekerja di sebuah premis yang menjalankan kegiatan mesin slot judi atau mesin kuda pada 1980-an.

"Pada 1990-an, dia menyertai DAP dan bekerja sebagai bapa ayam dengan menjaga pelacur (di sebuah hotel). Semua penduduk mengetahui mengenai latar belakangnya.

"Dia kini bersama isteri bekerja di sebuah kelab rekreasi yang bukan sahaja membolehkan ahli dan orang luar berjudi termasuk bermain mahjung," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sabtu lalu, seramai 1,139 orang menerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan sempena sambutan ulang tahun Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas yang ke-74.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates