Isnin, 30 Julai 2012

PTPTN PENYELAMAT KUIN


Anwar Ibrahim berjanji kepada rakyat untuk memansuhkan PTPTN. 

Apabila Anwar bersuara, maka PAS menyambutnya tanpa usul periksa. PAS hanya pak turut yang tidak tahu apa-apa kecuali mengangguk tanda sokong.

Apabila Unisel tidak diberi PTPTN, maka ramai pelajar baru ingin menarik diri dari meneruskan pelajaran di Unisel. Pembesar-pembesar Unisel berkejar ke pejabat PTPTN memohon agar PTPTN membenarkan pelajar baru meneruskan pengajian mereka di Unisel dengan duit PTPTN. Maknanya operasi UNISEL akan terjejas tanpa mendapat duit dari PTPTN.

Sungguh baik hati kerajaan pusat. Tidak sampai hati melihat UNISEL menghadapi masalah.

Anwar hanya diam diri dan tidak berkata apa-apa. Sebaliknya mencari idea baru untuk digulakan kepada rakyat.

Di Kedah, KUIN bergantung kepada duit PTPTN untuk membayar gaji pekerjanya. Kita boleh bayangkan apa akan terjadi jika PTPTN juga tidak diberi kepada pelajar KUIN. Maka staf KUIN mungkin tidak menerima gaji mereka.

Inilah nasib mereka yang berada dibawah pemerintahan puak-puak PR. Cakap pandai tapi kerja tidak tahu.

GAJI KAKITANGAN KUIN BELUM DIBAYAR BUKTI JAMIL TIPU SOAL KRISIS KEWANGAN KUIN

Dalam artikel saya yang lalu , seperti yang dijangka setelah Jamil terpaksa mengarahkan untuk membayar semua tunggakan potongan gaji kakitangan yang tidak dibuat KUIN setelah namanya terkenal diseluruh dunia kerana bersikap biadap tidak menjaga kebajikan kakitangan KUIN. Itu pun setelah kakitangan KUIN mengadakan demonstrasi besar-besaran mendesak jamil meletak jawatan.

Impak kepada tersebut, kini gaji kakitangan KUIN bagi bulan Julai menghadapi masalah. Kerana takutkan piket dan demo kali kedua kakitangan , Jamil terpaksa mengarahkan agar gaji kakitangan gred 45 ke bawah dibayar terlebih dahulu manakalan gaji kakitangan gred 45 ke atas sehingga kini belum dibayar. 

Fenomena ini sekali lagi membuktikan Jamil dan Azizan menipu rakyat tentang kondisi krisis kewangan KUIN yang semakin parah.

Walaupun gred 45 keatas agak tinggi gaji mereka berbanding pekerja bawahan , namun mereka juga manusia yang ada anak dan keluarga dan perlu melangsaikan pelbagai hutang dengan pihak ketiga. Kesian kakitangan KUIN yang tak masuk gaji lagi. Jamil , sanggup dan tergamak kau buat mereka cam tu.

Jamil tiada pilihan melainkan pada Rabu yang lalu , Jamil sendiri pergi ke PTPTN untuk mendesak agar PTPTN membayar lebih awal dari jadual bagi menyelesai krisi kewangan KUIN. isyhhhhhh isyhhh , macaman ni ? Pakatan Rakyat minta memansuhkan PTPTN , tapi Jamil merayu PTPTN bayar awal. kalaulah tanpa PTPTN, mungkin malapetaka besar akan melanda KUIN. So tindakan KUIN yang amat terdesak bergantung dengan PTPTN membuktikan kecelaruan manifesto pakatan rakyat

Dari Beritakuin.blogspot.com

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

oooo seronok la dok kira macam tu... Kalau macam tu, kami peniaga-peniaga umno ni dah hampir 14 bulan payment kami sangkut dekat kementerian kewangan kira kerajaan anggap anak bini kami dan anak bini pekerja kami tu dok makan batu la kot no?.. Nak main isu pun bagi cerdik sikit, bukan just nak tunjuk buat kerja kat boss... bodek tu bagi kurang, kerja kasi lebih. Awat kat peniaga umno yang kena penaya hangpa tak mau tolong langsung? Hangpa ni nak main politik ja ni.Bukan sayang kat bangsa Melayu pun

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates