Selasa, 17 Julai 2012

Rompakan di KUIN

Pendedahan oleh satu blog tentang beberapa individu yang diambil oleh MB Kedah untuk menerajui syarikat-syarikat milik penuh KUIN menjadi semakin hangat.

Kedah Times panjangkan maklumat pendedahan oleh Adik Wak. Sebelumnya Kedah Times paparkan tentang seorang Financial Controller yang gajinya naik mendadak dalam masa hanya beberapa tahun bekerja, walhal beliau pernah bersalah dalam jenayah komersial seperti yang dipaparkan oleh website Suruhanjaya Sekuriti.

Kali ini Adik Wak teruskan pendedahan orang kuat MB Azizan yang menerajui Insan System Sdn Bhd. Yang menariknya beliau menjalankan perniagaan yang hampir sama dengan Insan System Sdn Bhd di atas nama syarikat dia sendiri iaitu AllMax System (M) Sdn Bhd dan berjaya mengaut keuntungan melalui syarikat tersebut.

Sebaliknya Insan System yang diterajuinya mengalami kerugian, malah gaji beliaupun dibayar oleh KUIN.

Seperti sebelumnya, PAS Kedah dikepalai dan dipenuihi oleh mereka yang hanya tahu merompak.


Parasit Ke-3 KUIN


Untuk parasit ke-3 ini, Wak sebenarnya tak banyak Maklumat tentang beliau cuma Wak ada link dari beberapa laman web sahaja untuk membuktikan dakwaan Wak ini. CEO Insan System Sdn Bhd iaitu saudara Mansor B. Mahmud merupakan parasit ke-3 yang dibela oleh Jamil dan Azizan di KUIN. Bayangkan beliau mempunyai syarikat sendiri iaitu Allmax System (M) Sdn Bhd yang menjalankan kerja-kerja berkaitan telefon dan juga elektronik manakala syarikat yang ditadbir beliau di KUIN iaitu Insan System Sdn Bhd juga menjalankan perniagaan yang hampir sama. Disini Wak bagi link yang Wak dapat mengenai beliau:




Di Insan System Beliau memperolehi gaji sebanyak RM 12,000 (boleh rujuk pendedahan Wak sebelum ini) 

Tetapi dalam masa sama beliau turut menjalankan perniagaan yang hampir serupa melalui syarikat beliau sendiri. Insan System mengalami kerugian didalam perniagaannya tetapi apa yang dilakukan oleh CEO ini untuk memulihkannya? Dan dalam masa yang sama syarikat yang diterajui oleh beliau pula mencapai keuntungan yang agak besar iaitu sebanyak RM 100,000 ke RM 500,000 untuk 1 tahun. 





Boleh rujuk disini:

dan beliau juga ada sebuah kedai maya yang diberi nama Mansor E-Store:


Renungkanlah bagaimana sesebuah syarikat nak mencapai keuntungan apabila CEO nya menumpukan pada perniagaan sendiri. Di KUIN mungkin beliau makan gaji buta kerana maklumat yang diperolehi Wak ialah  beliau sangat jarang kelihatan di KUIN. Senang ceritanya beliau tak buat kerja dan hanya makan gaji buta.

WAK: semakin hari semakin ramai parasit yang Wak akan dedah. Ingat yer semua, story Ketua Parasit masih belum keluar. Sabar yer. Pada mereka yang merasakan diri itu Parasit di KUIN sila letak jawatan sebelum Wak dedahkan anda.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates