Khamis, 12 Julai 2012

Saifudin Nasution Di Halau Dari Kelantan


Disebalik lakonan riuh rendah pemimpin pakatan pembangkang khususnya PAS & DAP mempertikaikan pendedahan maklumat berhubung pembahagian kerusi parlimen yang memberi kelebihan besar kepada DAP, rasanya tidak salah untuk kita berkongsi satu lagi fakta menarik berkaitan isu ini.

Seperti kita maklum, sudah menjadi kebiasaan seseorang pemimpin politik pembangkang dari luar Kelantan yang dianggap 'bernilai' atau setidak-tidaknya rapat dengan pimpinan PAS negeri akan diberi peluang membina kerjaya politik mereka di negeri tersebut.

Ada antara mereka merupakan pemimpin PAS dari Selangor, Kedah dan ada juga pemimpin dari parti lain yang merupakan teman sekedudukan dan sebantal, yang penting ialah rapat dengan perintis lebuhraya prepaid dan pandai mencuit hati tok gundu Pulau Melaka.

Bagaimanapun, memandangkan PAS Kelantan sekarang sedang berkecamuk dek kerana bunga-bunga kebangkitan rakyat Kelantan menolak kepimpinan Nik Aziz sebagai MB Kelantan, mahu tidak mahu ahli politik dari luar terpaksa dihalau keluar bagi mengurangkan impak kebangkitan tersebut.

Dalam PRU 2008 misalnya, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution telah diletakkan bertanding di kawasan Parlimen Machang mewakili PKR dan menguasai kerusi tersebut mengalahkan calon BN, Sazmi Miah dengan majoriti 1,460 undi.

Mengikut maklumat yang diperolehi, Saifuddin terpaksa dihalau ke Kedah untuk 'disembelih' di Kulim Bandar Baharu manakala tempatnya di Machang bakal diisi oleh calon tempatan dari PKR yang bernama Mohd Hishamuddin.

Berkemungkinan 'tukang sembelih' yang akan berentap dengan Saifuddin nanti di Kulim Bandar Baharu ialah bekas peguam utama Anwar Ibrahim iaitu Zulkifli Noordin yang sekarang ini adalah ahli Parlimen bagi kawasan tersebut. 
Eloklah begitu, khidmat Saifuddin selama sepenggal menjadi wakil rakyat di Machang habuk pun tarak. Siang malam asyik sibuk memanjang dengan teori dan propaganda hingga kerap lupa amanah yang rakyat Machang dambakan.

Dari satu segi, langkah PAS 'meminta' PKR memindahkan Saifuddin mungkin dilihat cara terbaik untuk mengendurkan kemarahan rakyat yang saban hari bangkit memprotes kelemahan urus tadbir kerajaan negeri, tapi ia tidak bermakna kebangkitan rakyat marhaen dapat dipadamkan begitu sahaja.

Yang pastinya dalam usaha mempertahankan sisa-sisa pemerintahannya di Kelantan, PAS terpaksa melakukan apa saja sementara masih berbaki sekelumit detik masa.

Semestinya, Salahuddin Ayub yang juga antara pemimpin politik paling awal diminta berambus ke negeri asal untuk 'dibunuh' kerjaya politiknya, tidak lagi keseorangan membawa rajuk hati kerana kini sudah pasti 'kuburnya' akan ditemani sama oleh Saifuddin Nasution.

Nasiblah badan, habis madu sepah dibuang.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates