Isnin, 23 Julai 2012

Setpol MB Kedah ...

Kedah Times petik apa yang sedang dihebohkan. Bagi Kedah Times, Sik bukannya asing dengan Kedah Times. Hampri semua ehwal politik sana Kedah Times tahu, cuma malas nak tulis di blog ini.

Apapun yang diperkatakan, kita baca dan tunggu sehingga kesahihan berita yang diwar-warkan.


Gempar...!! Sanusi Setpol MB Kedah DIPECAT kerana rasuah 1.3 Juta??

Rakan dari ibu negerinya Alor Setar call Pakteh.....

Awal ramadhan ni ada baiknya berita yang terpapar adalah berunsurkan nasihat, pengajaran dan pedoman. Pakteh bukan berniat mmebawa berita fitnah atau khabar angin tetapi ada berita yang sampai ke telinga Pakteh memaklumkan Tn Hj Sanusi Md Noor yang Pakteh hormati bakal/akan/telah dipecat dari jawatan kerana rasuah 1.3 Juta?

Untuk bersangka baik, Pakteh harap berita ini cuma palsu

Penyebaran berita sebegini mungkin disebarkan oleh banyak pihak apatah lagi Tn Haji Sanusi sendiri ada menulis soal serangan sebegini dalam FB beliau. Mungkin ini adalah satu lagi siri serangan terhadap beliau.

Apapun...sebagai peminat politik tanahair, Pakteh akan tunggu dan lihat dan untuk ulasan yang lebih terperinci...ada baiknya Pakteh tunggu berita lanjut kerana ada maklumat yang tidak sesuai dipaparkan kerana jika tidak benar, Pakteh boleh dianggap menipu....apa lagi bulan ramadhan niii......

Selamat Berpuasa....

Panas !!! Benarkah Setpol Azizan Razak di tahan SPRM.


Satu berita yang mengemparkan di bulan Ramadhan apabila desas desus mengatakan Sanusi Md Nor, Setiausaha Politik Azizan Razak ( Menteri Besar Kedah ) di katakan telah di tahan pihak SPRM kerana di dakwa penglibatan beliau di dalam rasuah bernilai RM 1.3 Juta.



Kisah ini bukan saja di mainkan blogger PRO BN malahan blogger PRO PR juga panas berceritakan kisah ini. Malahan ada yang kata bukan Setpol Azizan Razak yang di tahan, KCS  yang di tahan pihak SPRM kerana penglibatan di dalam rasuah membabitkan Tanah.


Pisau Kedah tidak mahu membuat tuduhan sebab Pisau Kedah tak ada bukti yang kukuh. Pisau Kedah mengharapkan Kerajaan Negeri memperjelaskan perkara yang sebenar supaya tidak menjadi keliru kepada blogger PRO BN dan blogger PRO PR.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Pada hakikat yang sebenar, sesiapa yang rapat dan tahu hakikat sebenar yang ada didalam PAS negeri Kedah akan tahu semua permainan yang tidak sihat ini. Semua hanya hanya berlakon dan penuh dengan penipuan didalam setiap kenyataan yang dikeluarkan. PAS pada hakikatnya telah tidak menunaikan tanggungjawab dengan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat negeri kedah. Orang yang dijaga dan ditadang bukan orang yang baik dan berjiwa PAS dan Islam tetapi penuh dengan kepura-puraan dan penuh dengan kejahatan yang disembunyikan disebalik topeng... Sampai masa segalanya akar terbongkar dan Tuan Haji Sanusi juga akan dengan sendirinya semua orang PAS akan kenal.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates