Khamis, 26 Julai 2012

Siapa Diktator sebenarnya

Anwar Ibrahim laaaaa!


Kalau diberi peluang antara Dr. Mahathir dan Anwar


HANYA orang lembap sahaja yang menjajakan nama Dr. Mahathir Mohamad sebagai diktator.

Saya pernah bekerja di bawah pentadbiran Dr. Mahathir secara tidak langsung sebagai Ketua Pengarah Imigresen, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan secara langsung sebagai Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Perlaksanaan di Jabatan Perdana Menteri.


Memang benar beliau terlalu ketat menetapkan sasaran kerja pegawai dan menteri Kabinet. Semasa di Bahagian Pencen, saya pernah menerima arahan daripadanya untuk menyediakan kertas Kabinet pada pukul 4.30 petang dan perlu disiapkan malam itu juga untuk mesyuarat Kabinet pada keesokan harinya.

Alhamdulillah, Allah bukakan minda saya untuk menyiapkan kerja yang diberi, tanpa bantuan setiausaha kerana ketika arahan diterima melalui telefon, beliau telah pulang.

Saya bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada Dr. Mahathir kerana diberi peluang melakukan ujian seperti itu semasa saya bekerja sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Pencen lagi.

Semasa saya bekerja di Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan di bawah Dr. Mahathir dan Anwar Ibrahim - iaitu sebagai Setiausaha Majlis Pembangunan Negara dan Setiausaha Kabinet mengenai Infrastruktur dan sebagai ahli dalam pelbagai mesyuarat penting lain, Dr. Mahathir sentiasa serius tetapi memberi peluang berbincang dengan bebas tanpa meninggikan suara.

Arahannya mudah difahami dan sasaran kerja yang ditetapkannya sentiasa mencabar minda dan kesabaran.
Kenapa begitu? Beliau pernah menyatakan bahawa 'minda seseorang itu kalau tidak dicabar atau tidak tahan diuji, tidak akan berkembang'.

Berlainan pula Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam mesyuarat saya pernah menyaksikan beliau meninggikan suara menegur kesilapan seseorang termasuk Timbalan Menteri, ahli Exco Negeri Pulau Pinang dan Ketua Jabatan.

Alhamdulillah, saya tidak pernah menjadi sasarannya. Dalam hal memberi keputusan Dr. Mahathir sentiasa konsisten berpandukan dasar yang telah ditetapkan. Ini menyebabkan kerja kami di UPP menjadi 'mudah' walaupun tanggungjawabnya amat berat. Tetapi Anwar Ibrahim ada sekali sekala memberi kami kesulitan apabila keputusan dan arahannya bercampur baur dengan kepentingan politik.

Walaupun saya bukan ahli politik, tetapi pilihan saya antara kedua-duanya sebagai ketua yang berwibawa dan berjiwa besar adalah Dr. Mahathir.


Kedah Times : tak kenal maka tak cinta

2 comments:

1 Melayu berkata...

Anwar Ibrahim bukan setakat jadi Diktator tapi dia setaraf dengan Nabi dan Imam Mahadi yang dianugerah oleh tuhan,Tuhan yang mana satu Kak Jijah dan Ustz Badrul Amin ?

Tanpa Nama berkata...

Hang gebang ja, jenis pengampu macam ni la. Dulu hang pun dok jilat pungkok dan tangan dia. Mentang2 Anwar dah tak dak apa jawatan dah, dan-dan hang kata Anwar jahat. Cuba lepas ni dia jadi PM hang mula la nak bertempek, takkan hang nak lari dari arus perdana kot. Alah,kalau jenis gila nak pi majlis ni, sampai ke mampuih hang jadi hamba politik la Kedah Times ooi. Nak meniaga hang bukan reti menatang apa pun, gheja hang cari makan kot politik je la.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates