Sabtu, 28 Julai 2012

Solat Hajat di KUIN


Seramai lebih 150 orang kakitangan (lelaki dan perempuan) Kolej Universiti Insaniah (KUIN) beramai-ramai telah mengadakan solat hajat  bagi memohon agar kemelut dalaman yang melanda KUIN mutakhir ini dapat diselesaikan dalam waktu segera.
Majlis solat hajat yang diadakan di surau KUIN memohon agar Allah memberikan kesejahteraan dalam krisis kewangan yang melanda  KUIN dan semoga Allah memberikan kemudahan untuk pihak kakikatangan mengemukakan beberapa tuntutan kepada pihak KUIN : Antara tuntutan ialah:

1. Tuntutan terhadap kenaikan gaji 13% yang ditangguhkan pihak Lembaga Pengarah KUIN dengan alasan KUIN adalah swasta sedangkan pelarasan itu adalah untuk perbandaran dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sahaja . Tuntutan akan dilakukan agar KUIN lebih telus dan jelas mengenai status dan tarikh pembayaran kenaikan 13% tersebut.  Jika KUIN adalah sebuah institusi swasta sebagaimana yang didakwa oleh pihak Lembaga Pengarah maka kakitangan akan menuntut untuk dinaikkan kenaikan gaji mereka daripada 13% kepada 20%.
2. Bayaran balik yang tertunggak berbulan-bulan yang belum dibuat pembayaran kepada institusi kewangan, badan yang memberi pinjaman, insuran dan instiusi pelaburan saham sedangkan pemotongan gaji telah dibuat oleh pihak KUIN terhadap gaji kakitangan terlibat.

3. Majlis solat hajat ini diadakan hasil kesepakatan kakitangan KUIN berikutan krisis kewangan yang serius yang melanda KUIN sejak kebelakangan ini hingga menyebabkan kebajikan mereka terabai.

Majlis sebelum itu diserikan dengan ceramah motivasi bertajuk "Jom Amanah" yang disampaikan Tuan Syeikh Ahmad Fisol bin Haji Omar, Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu.

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Untuk kesejahteraan rakyat Kedah. Kakitangan KUIN, buatlah solat hajat supaya Umno kembali memerintah Kedah. Masalah KUIN boleh diselesaikan. Sebab kerajaan UMNO buat kerja bukan sekadar buat ceramah sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya staf KUIN buat solat hajat mohon Pakatan Rakyat dapat memerintah Kerajaan Persekutuan. Hangpa susah ni sebab UMNO tak bagi kerajaan pusat salur bantuan kerajaan negeri mcm depa sekat royalti minyak kelantan dan terengganu. UMNO tak leh pakai, gamak depa dera rakyat Melayu dengan sekat bantuan semata2 dendam sebab rakyat Melayu pangkah PAS padahai negrri cina DAP haram depa tak sekat apa2 pun.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates