Selasa, 3 Julai 2012

SYRIA@SHAM​@BUMI AMBIA SEDANG DIMUSNAH OLEH BANGSANYA SENDIRI

1. Tahun 2006 semasa perang Israel dengan Lubnan, penulis telah dihantar ke Damshik @Damascus, Syria untuk menggerakan satu misi memberi bantuan kemanusian kepada mangsa-mangsa perang yang telah lari meninggalkan kampung dan bandar mereka yang dihujani bom tanpa henti-henti, siang dan malam selama dua minggu oleh Israel Defence Force. Sempadan Syria dan Lubnan menjadi tempat perlindungan pelarian-pelarian perang dan pasukan palang merah serta PBB telah mendirikan khemah-khemah pelarian perang untuk membantu mangsa mangsa perang ini.
 2. Kumpulan kami telah dibantu oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Syria dan beberapa NGO tempatan, mereka amat baik, peramah dan cukup ringan tulang membantu kami menghantar bantuan dan mengadakan klinik bergerak disekitar kawasan HOMS di utara Syria sehingga kami dapat memasuki Beirut Lubnan.

3. Hari ini sudah hampir satu tahun, jika kita lihat stesen Al Jazeera, CNN, CNBC dan BBC, kita akan disajikan dengan berita-berita yang amat ngeri, hari-hari ada sahaja pembunuhan berlaku samada oleh pasukan tentera Kerajaan atau oleh pihak pemberontak.
4. Siapa yang berperang ini? Kenapa mereka berperang? Dan siapa yang membekal senjata ringan dan berat kepada kedua-dua puak yang berperang saudara ini? Yang berperang ialah rakyat Syria sendiri dan mereka ini telah berpecah kepada dua kumpulan berasaskan kepada fahaman agama, satu kumpulan minoriti yang memerintah dari mazhab Alawite iaitu serpihan dari puak Syiah dan mereka ini dibantu oleh Negara Iran, Rusia dan Cina. Satu lagi puak ialah dari mazhab Sunni dan mereka merupakan rakyat majoriti didalam Syria. Mereka ini dibantu oleh Negara Arab Sunni seperti Arab Saudi, Qatar, Oman, Turki dan kebanyakan kumpulan Ikhwan Muslimin @Muslim Brotherhood dari Mesir, disamping itu Negara Barat seperti USA, United Kingdom, France, Spain dan Italy turut menyokong kumpulan ini.

5.Yang amat jelas ialah kuasa-kuasa besar dunia telah terlibat secara tidak langsung dengan membekal senjata kepada kedua-dua belah pihak yang asyik berperang sesama sendiri, amat malang bagi bangsa Arab, mereka bukan sahaja berhadapan dengan musuh tradisi mereka iaitu Israel tetapi mereka sedang membunuh sesama bangsa Arab.

6. Bumi Syria yang satu ketika dulu amat cantik, indah pemandangan dan mempunyai tamadun Islam yang cukup tinggi ilmunya sedang menyembah bumi dan ianya dimusnah oleh bangsanya sendiri yang tidak tahu dan tidak mahu BERSATU SESAMA AGAMA DAN BANGSA. Adakah Malaysia akan terjerumus dalam keadaan yang sama, Melayu Islam akan membunuh sesama bangsa dan agama kerana terdapat seorang manusia yang cukup gila untuk mendapat kuasa ? TEPUK DADA TANYA SELERA !




0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates