Rabu, 29 Ogos 2012

Akhirnya Yang nak Beli mengaku

Isu KUIN bakal dijadikan universiti swasta akibat masalah kewangan menjadi semakin kusut. Pembeli sudah  mengaku yang mereka ingin memiliki 90% pegangan dalam KUIN dan menyerap semua staf KUIN kedalam group mereka.

Tetapi bila rancangan mereka dihidu orangramai, bakal pembeli menukar nada dengan mengatakan untuk wakaf semula KUIN dan akhirnya bunyi macam merajuk untuk shopping di negeri lain seperti Indonesia atau Thailand.

Walhal orang besar syarikat tersebut berada bersama KUIN atas permintaan MB Kedah sekarang, tetapi katanya atas dasar kontrak selama 2 tahun, meninggalkan KUIN dengan pelbagai masalah kewangan.

Jika dia ikhlas, semasa dia bersama KUIN, sudah tentu dia berkemampuan untuk membantu dari segi kewangan dengan bantuan syarikat yang dimilikinya.

Tetapi ada udang disebalik batu....

SYAYA AKUI EMAIL NAK BELI EQUITI KUIN DATANG DARINYA, BUKAN FITNAH LAH

Salam persahabatan.

Sedutan email Syaya kepada admin : 
Sedutan email Syaya kepada admin beritakuin.blogspot.com 
1.Semasa bertugas sebagai CEO Insaniah semua projek di laksanakan atas keputusan Lembagta Pengarah Insaniah Holding yang di pegrusikan oleh MB sendiri dan di hadari wakil Lembaga dari pihak Kerajan Neger Kedah.

2.Saya tidak meminta berkerja di INSANIAH. .Saya diminta Oleh MB Kedah, bukan Dat0 Jamil untuk membantu INSANIAH dengan kotrak 2 tahun.

1. Semasa bertugas sebagai CEO Insaniah semua projek di laksanakan atas keputusan Lembaga Pengarah Insaniah Holding yang di pegrusikan oleh MB sendiri dan dihadiri wakil Lembaga dari pihak Kerajan Neger Kedah.

2. Saya tidak meminta berkerja di INSANIAH. Saya diminta Oleh MB Kedah, bukan Dato Jamil untuk membantu INSANIAH dengan kotrak 2 tahun.



Tuan Syaya  melalui email yang dihantar kepada admin blog mengakui dia masuk ke KUIN atas permintaan Azizan. Kononnya nak tolong KUIN. Persoalannya kenapa bila KUIN dah gawat dan hadapi krisis kewangan orang yang kata tolong lari pergi ke TURKEY?

Syaya cuba nafi niat beli KUIN. Ini bukti email asal Syaya kepada Jamil yang mahu membeli KUIN .

Syaya cuba nafi niat beli KUIN. Ini bukti email asal Syaya kepada Jamil yang mahu membeli KUIN .

Tuan Syaya juga mengakui berhasrat nak beli equiti 90 % KUIN. Kononnya adalah nak tolong KUIN untuk diwakafkan semula. Persoalannya :

- Kenapa sekarang bila dunia dah tahu baru nak sebut perkataan wakaf, atau hanya sesuatu yang licik?

- Kenapa masa Syaya nak keluar KUIN, masa tu dah ada  masalah kewangan , kenapa tak bantu saja ketika tu dengan berikan dana berjuta-juta pada KUIN.

- Syaya memang mengakui KUIN ada masalah kewangan.

- Kalau Syaya ikhlas nak tolong beli dan wakaf , kenapa tetiba saja nak tarik balik  (macam merajuk semacam jer) . Orang ikhlas tidak menghiraukan apa orang kata. 

- Kalau betul Syaya nak tolong , kenapa tak bagi peruntukan khas 80 juta kepada KUIN setahun sebagaimana dipohon KUIN kepada Azizan. 

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Dia ni nak jadikan KUIN pusat gerakan aktiviti edorgan. Pilih Kedah sbb jauh dari K.Lumpur dah mudah merahsiakan segala perbuatan sulit. Dengan harapan pelwat menjadi PM mudah bagi kumpulan ini menjadikan KUIN memantau selatan Thai,Myanmar, Kemboja dan Aceh,Indonesia. Ini kawasan sasaran mereka untuk menguasai pemikiran dan juga mengrekrut agen2 untuk tujuan yg lebih besar. Pemimpin mana yg mesra dgn Turki. Sendiri mahu ingatlah.On the surface its education. Underneath its international political espionage with long term goals.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates