Selasa, 14 Ogos 2012

DAP Ganti PAS

Menarik untuk kita umat Islam berfikir secara mendalam.

Sekarang ini, DAP dengan sewenang-wenangnya bole memberi pendapat berkaitan dengan Islam.

DAP yang tidak bersahabat dengan UMNO boleh komplen tentang UMNO yang tidak memberi penerangan kepada mereka.

Walhal sahabat baik mereka ialah PAS. Sepatutnya PASlah yang memberi penerangan kepada DAP tentang Islam kerana mereka tersangatlah dekat.

Apakah PAS tidak buat kerja? Atau PAS memberi maklumat yang salah tentang Islam kepada DAP?

Semua ini membawa maksud yang DAP dulu, kini dan selamanya TIDAK akan terima negara Islam.

Ini semua ahli PAS kena fikir ... 

KUALA LUMPUR, 14 Ogos - Penasihat DAP Lim Kit Siang mengecam sikap UMNO yang dilihat tidak konsisten dan berdolak dalik dalam membuat penjelasan berkaitan isu Agama Islam.

Ianya berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Shafie Apdal yang mendakwa parti tersebut tidak mempergunakan dan memanipulasi agama dalam politik.

Ahli Parlimen Ipoh Timur itu juga menyelar sikap hipokrit sebagai parti pemerintah yang tidak memberi sebarang maklumbalas mahupun tindakan susulan berikutan kempen yang dilancarkan “Haram Mengundi DAP” selama enam hari.

“Semakin hampir pilihanraya, semakin menyerlah karenah terdesak pemimpin Umno/BN berhubung dengan prospek mereka dalam pilihanraya umum yang akan datang. Apa yang boleh dilihat adalah sejauh mana pemimpin Umno/BN akan pergi untuk memastikan mereka kekal berkuasa,  walaupun dengan menggunakan taktik kotor yang tidak berprinsip dan tidak beretika.

“Bagaimana Shafie dengan beraninya mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas ini walhal apa yang berlaku adalah sebaliknya yang dilihat dalam kempen berbisa Haram Sokong DAP UMNO/Utusan yang jelas tidak bertanggungjawab dan anti-nasional dalam enam hari ini?” katanya.

Beliau turut menjelaskan DAP tetap konsisten dalam mempertahankan pendirian mereka bahawa negara Malaysia merupakan satu negara sekular dengan agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Serangan Lim Kit Siang tersebut merujuk pengumuman pengasas sekolah agama Pondok Geting, Ustaz Abdullah Sama’ah yang menfatwakan Haram bagi setiap pengundi Islam memilih DAP sebagai wakil rakyat kerana asas perjuangan parti itu yang menentang Undang-Undang Islam.

Kenyataan beliau disambut positif dari beberapa tokoh Agama termasuklah Mufti Pahang.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates