Rabu, 15 Ogos 2012

DAP Musuh Islam nombor Wahid

Ini yang membuatkan DAP begitu membenci UMNO.

Ditambah lagi dengan batu api dari PKR yang sentiasa gilakan kuasa untuk diberikan kepada Anwar yang membawa agenda pluralisma agama.

Dan sokongan dari PAS atas kegilaan mereka untuk mendapatkan nama atas kejayaan Kerajaan UMNO berjaya dalam meletakkan Islam sebagai agama rasmi dan amelaksanakan genda-agenda Islam dengan jayanya.

Misi utama DAP ialah menjadikan Malaysia sebagai negara Sekular.

Misi utama PKR ialah menjadikan Malaysia sebagai negara yang mengamalkan pluralisma agama.

Dan Misi PAS ialah hanya ingin mengambil nama atas kejayaan yang dilaksanakan UMNO. Tetapi mereka telah terpesong sehingga boleh merosakkan kedudukan Islam itu sendiri.

PAS tiada agenda khas dalam perjuangannya. Perjuangan mereka ialah perjuangan musim asalkan kuasa menjadi milik mereka.


Kuala Terengganu -- Pada bulan Julai lalu, satu pertemuan ulama-ulama muktabar dunia telah diadakan di Malaysia dan mereka sepakat mengatakan Malaysia sebuah negara Islam.


Berikut adalah pendapat ulama-ulama Islam tentang konsep negara Islam:

1. Syeikh Muhammad Abu Zuhrah
"Negara Islam (Darul Islam) ialah negara yang berada di bawah kuasa pemerintah Islam, dalam mana kekuatan dan pertahannya berada di tangan umat Islam. Negara seperti ini wajib dipertahankan oleh setiap muslim."

2. Muhammad bin Hassan As-Syaibani (ulama terkemuka dari mazhab Hanafi) "Negara Islam ialah negara yang dikuasai oleh umat Islam, dalam mana orang-orang Islam beroleh keamanan di dalamnya."

3. Imam Al-Fahistani
"Negara Islam ialah negara yang hukum pemerintah Islam berkuatkuasa ke atasnya."

4. Imam Syafie berkata, mana-mana negara yang pernah menjadi negara Islam, status ini tidak akan hilang menurut hukum fiqh Islam, sekalipun umat Islam telah dikalahkan di negara berkenaan. 

Ini bermakna bahawa republik-republik Islam yang berada di bawah pemerintahan komunis dan juga kuasa-kuasa lain hari ini adalah dianggap sebagap sebagai negara Islam yang dijajah dan menjadi kewajipan umat Islam membebaskannya apabila mereka mampu (Ali Mansur, 1965, 129).


Jika diteliti pendapat ulama-ulama muktabar di atas, jelas sekali Malaysia negara Islam kerana ia dipimpin dan diperintah oleh orang Islam. 

Manakala umat Islam pula hidup aman damai di dalamnya (kecuali dihuru-harakan oleh sebilangan kecil puak-puak Pas).

Abu Yaala, ulama dari mazhab Hambali dan Al-Mawardi, ulama terkemuka mazhab Syafie telah menggariskan tugas-tugas yang menjadi tanggungjawab sesebuah pemerintahan Islam dalam buku yang berjudul A-Ahkam As-Sultaniah.

Menurut Al-Mawardi secara umumnya tugas pemerintah Islam ialah menjaga kepentingan agama dan mentadbir urusan negara serta umat.

Al-Mawardi menghuraikan secara terperinci tugas-tugas yang perlu dilakukan oleh pemerintah Islam seperti berikut:

1. Memelihara agama dari sebarang pencerobohan fahaman dan ajaran yang boleh memesong akidah dari ajaran Islam sebenar seperti yang diijtimak oleh ulama yang berdasarkan Quran dan Sunnah.

2. Melantik jemaah menteri bagi membantu negara dalam menjalankan tugas-tugas pemerintahan. Menurut Al-Mawardi, "harus melantik orang kafir yang menjadi warga negara Islam (Zimmi) sebagai menteri untuk melaksanakan dasar-dasar yang dibuat oleh pemerintah Islam (Wazir Tanfiiz)." (1996, 27).

Mengenai perlantikan wanita sebagai menteri dan jawatan-jawatan awam yang lain, para ulama mempunyai pendapat yang berbeza. Sebahagian ulama seperti Al-Mawardi berpendapat tidak harus, manakala sebahagian yang lain seperti Imam Abu Hanifah dan Ibnu Jarir At-Tabari berpendapat harus melantik wanita memegang jawatan-jawatan awam kecuali jawatan tertinggi sebagai ketua negara.

Manakala Dr Ibrahim Abdul Hamid dari Universiti Al-Azhar dalam kajiannya Nizamul Qada' Fil Islam, menyokong pendapat Imam Abu Hanifah dan Ibnu Jarir At-Tabari kerana tiada sebarang dalil yang kukuh melarangnya.

Bahkan dalam sejarah Islam, terdapat contoh-contoh wanita dilantik memegang jawatan awam, antaranya Saidina Umar pernah melantik Assyifa' sebagai ketua perbendaharaan.

3. Menyediakan tentera yang mampu mempertahankan negara dan agama dari pencerobohan serta menjamin keamanan dalam negeri.

4. Mewujudkan sistem kehakiman bagi menyelesaikan pertikaian dan menegakkan keadilan.

5. Mendirikan sembahyang lima waktu, Sembahyang Jumaat dan Sembahyang Hari Raya, dengan membina masjid-masjid dan melantik iman-iman.

Al-Qadi Abu Yaala mengkelaskan masjid kepada dunia jenis iaitu Masjid Sultan yakni masjid yang terletak di bawah kuasa pemerintah dan Masjid Am iaitu masjid persendirian.

Bagi masjid sultan, kuasa melantik imam adalah menjadi hak pemerintah. Dengan itu, tidak harus menjadi imam di masjid sultan melainkan orang yang dilantik oleh kerajaan. Sekiranya kerajaan melantik imam, maka dialah yang berhak menjadi imam sembahyang, sekalipun ada orang lain yang lebih afdal dan alim daripadanya.

Malah menurut Abu Yaala, "sekiranya imam rasmi telah selesai menunaikan sembahyang berjemaah, tidak harus bagi orang lain mendirikan sembahyang jemaah kerana ditakuti perbuatan tersebut dianggap sebagai bentuk tentangan terhadap kuasa pemerintah". 

Pendapat ini juga adalah pendapat Imam-imam Syafie, Maliki dan Hanafi.

6. Mengendalikan urusan ibadat mengerjakan Haji.

7. Mengendalikan urusan pungutan dan pembahagian zakat seperti perlantikan amil dan sebagainya.

8. Memungut hasil dari sumber-sumber yang ada dalam negara (kharaj).

9. Hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan dan pembangunan tanah.

10. Mewujudkan sistem pentadbiran yang cekap bagi mengendalikan urusan-urusan kewangan, harta benda kerajaan, pekerja dan juga pasukan bersenjata.

11. Membanteras jenayah dan mengenakan hukuman terhadap penjenayah dengan hukuman yang sesuai sama ada had (jenayah yang ditetapkan hukumannya oleh syarak dengan syarat-syarat tertentu seperti zina, minum arak dan sebagainya). Atau taazir (jenayah-jenayah lain yang diberi kuasa kepada pemerintah menentukan bentuk hukumannya).

12. Melaksanakan tugas hisbab yang dalam konteks negara moden dikenali dengan sebahagian penguatkuasaan. Ia bertujuan mempastikan supaya adab-adab, akhlak dan syiar Islam serta peraturan-peraturan yang diwujudkan untuk kesejahteraan masyarakat dapat ditegakkan.

Dalam konteks Malaysia, kecuali beberapa perkara yang digariskan oleh Al-Mawardi kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, boleh dikatakan keseluruhan tanggungjawab yang menjadi kewajipan sebuah negara Islam telah pun dilaksanakan. Memang diakui, terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan namun proses memperbaiki dan menyempurnakannya dilaksanakan secara berterusan.


0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates