Selasa, 7 Ogos 2012

Hidupku Matiku demi DAP!

Sampai bila PAS hendak menipu pengikutnya? 

Hudud bagi PAS ibaratkan Lagu Raya. Bila dekat saja dengan Raya, maka bergumandanglah lagu-lagu hariraya.

Dan bergumandanglah hudud apabila dekat dengan hariraya. Kelantan sehingga hari masih tidak lakukan apa-apa walaupun mereka tahu yang undang-undang syarih dibawah jagaan negeri. Kedah masih menunggu Kelantan melaksanakan. Pulau Pinang, jauh apa dari panggang atau tunggu sehingga kucing bertanduk.

Yang sedihnya apabila hudud digumandangkan oleh PAS, DAP lah yang menghina dan memperleceh lagu yang dibawa PAS.

Tapi Kedah Times hairan kenapa PAS masih tidak sedar diri dengan menjadikan DAP teman tidur dan sahabat yang sanggup mati demi DAP! 



Pembohongan Pas terhadap umat Islam diseluruh Malaysia kononnya pemimpin DAP sudah menerima hudud adalah satu penipuan terbesar dalam bulan Ramadhan.

Pembohongan Pas kepada umum kononnya perlaksanaan hukum hudud sekiranya pembangkang berjaya memerintah semakin terserlah apabila terus menerima kecaman keras berhubung perkara itu.

Terbaru, ADUN Kota Alam shah, M. Manoharan mendakwa,Pas berterusan memaksa Dap menerima perlaksanaan hukum hudud walaupun parti itu secara terang-terangan sudah menyatakan pendirian mereka. DAP dari dulu hingga sekarang tetap tidak berganjak dengan pendirian tidak menerima hudud seperti yang dipersetujui bersama dalam buku jingga.

"Jangan bohong kata kami terima hudud. Dap tidak akan sesekali menerima hudud, kini dan selamanya. Pas cuba memaksa semua pihak menerima hudud walaupun rakyat bukan Islam menentangnya habis-habisan.

Saya minta Pas hentikan dakwaan kononnya Dap menerima apatah lagi menyokong perlaksanaan hukum hudud, bab agama ini bukan boleh dipaksa-paksa atau dipolitikkan," kata M. Manoharan lagi.

Isu perlaksanaan hukum hudud kembali hangat diperkatakan selepas Ketua Pemuda Pas , Nasarudin Hassan mendakwa Pengerusi Dap, Karpal Singh sudah menerima perlaksanaan hukum hudud ketika berdebat denga Ketua Ulama Muda Umno,Fathul Bari Jahaya baru-baru ini.

Dalam pada itu, Manoharan turut membidas Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu, Mohd Nor Hamzah yang mendesak Karpal agar berundur daripada politik kerana menentang hukum hudud.

"Siapa budak hingusan ini untuk meminta pemimpin veteran kami berundur? Besar mana dia yang baru satu penggal menjadi ADUN jika mahu dibandingkan dengan Karpal yang sudah berkhidmat lebih 30 tahun sebagai ahli parlimen?

Dia langsung tidak layak bercakap soal politik apatah lagi mengeluarkan kenyataan menghina Karpal," katanya.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates