Isnin, 6 Ogos 2012

Hinanya PAS


PAS telah menganggap yang ia sudah mendapat rakan karib untuk berpaut, untuk mencurah segala masalah dan untuk menawan kuasa yang dimiliki orang Islam untuk diserahkan kepada mereka yang terang-terang tidak mahu Islam.

PAS setiap hari memuja rakan karibnya. 

PAS sanggup mati demi rakan karibnya. Malah PAS sanggup menjadikan saudara segama Islam sebagai musuh dan kafir.

Kini PAS dihina rakan karibnya sendiri. Apakah PAS tidak pernah belajar dari sejarah? Apakah PAS tidak mengenali DAP dan PKR?

Apakah PAS didokongi mereka yang buta hati, tidak boleh melihat kebenaran sebaliknya dikuasai perasaan benci dan dendam? 

Maka benarlah kata-kata Allah benci dan dendam adalah sifat syaitan. Jika dibulan puasa syaitan dari kalangan iblis dan jin di rantai, maka yang bermaharajalela dalam PAS ialah syaitan dari kalangan manusia.

Sebab itulah bapa kepada segala syaitan dalam DAP dan PKR boleh sewenang-wenangnya syaitan-syaitan dan PAS yang tarafnya amat rendah. 

Apakan daya, itulah pilihan mereka ... untuk dihina.
 

Karpal hina Pas

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Ahli Pas di peringkat akar umbi mahu parti itu keluar segera daripada pakatan pembangkang kerana kebiadaban DAP serta Pengerusinya, Karpal Singh terhadap Islam merupakan satu perkara yang tidak boleh diterima dan tidak boleh dimaafkan.

Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, mereka berpendapat selagi Pas berada dalam pakatan tersebut, perjuangan Islam yang selama ini menjadi asas perjuangan parti tersebut akan terus dikekang hebat oleh DAP.

Ujarnya, ia merupakan satu hakikat yang berlaku dan atas sebab itu golongan ulama di dalam Pas perlu tampil meminta pucuk pimpinan parti mengkaji semula kerjasama parti tersebut dengan DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Rata-rata ahli akar umbi yang saya temui menyifatkan kenyataan Karpal sebagai kurang ajar dan biadab kerana ia melibatkan kesucian Islam dan kepentingan umat Islam. Ini bukan soal Pas tetapi soal Islam dan umat Islam.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates