Selasa, 28 Ogos 2012

Hudud: Mufti tegur pendirian Karpal


Kedah Times nak ingatkan PAS, kalau mufti negeri sendiri pun sudah menegur DAP, apakah PAS masih begitu sayang kepada DAP sehingga sanggup mati demi DAP?

Murafakahlah ...

WARTAWAN SINAR HARIAN
22 Ogos 2012

Mufi Kedah,
Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad
 
SHAH ALAM - Mufi Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad berkata, Karpal harus menghentikan segala kritikan yang berkaitan dengan agama Islam.

Katanya, tindakan Karpal menentang pelaksanaan hukum hudud dilihat tidak menghormati sensitiviti umat Islam.

“Karpal perlu menghentikan segala kritikan dan tohmahan yang dilemparkan selama ini kerana telah mencetuskan kekeliruan pelbagai pihak.

“Dalam situasi ini, Karpal harus menghormati sensitiviti semua agama terutama agama Islam berikutan Islam adalah agama rasmi di Malaysia,” katanya.

Muhamad Baderudin berkata, Raja-raja Melayu juga merupakan seorang yang beragama Islam dan oleh demikian, tidak wajar bagi Karpal berbuat demikian.

“Karpal harus menghormati agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia,” katanya.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates