Isnin, 6 Ogos 2012

HUDUD: PAS dan Karpal Singh


Kegemaran pemimpin PAS ialah menipu menggunakan agama. Tujuan mereka hanyalah satu iaitu mengekalkan pengaruh mereka dikalangan orang-orang yang tidak mahu berfikir, mendengar dan menganalisa maklumat.

Kita boleh kata sebagai mereka yang hanya ikut membabi buta.

Jika pemimpin mereka kata A, mereka pun akan kata AA dua kali demi untuk mengiyakan apa yang dikata pemimpin mereka.

Jika pemimpin mereka kata Karpal Singh dah masuk Islam, maka tanpa segan silu mereka mencanang diseluruh pelusuk kampung yang karpal Singh sudah bersedia ke syurga bersama mereka.


Hudud: Karpal tidak berganjak

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA

mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Perang terbuka antara Pas dan DAP berhubung isu hudud semakin parah apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh (gambar) menegaskan parti itu akan menentang habis-habisan sebarang cubaan melaksanakan hukum tersebut jika pembangkang menang pilihan raya umum akan datang.

Malah di sebalik dakwaan pemimpin Pas kononnya DAP kini menerima baik hukum hudud, Karpal dengan lantang menegaskan DAP kekal dengan pendirian tidak akan sesekali mendokong hasrat Pas yang baru mengubah dasar perjuangan kepada negara berkebajikan untuk mewujudkan negara Islam.

Serentak dengan itu, beliau berkata, DAP tidak akan sesekali menawarkan diri berunding dengan Pas mengenai pelaksanaan hukum hudud tersebut.

“Pas harus sedar hudud tidak dimasukkan dalam Buku Jingga, iaitu perjanjian dasar bersama pakatan pembangkang. Saya juga boleh memberi jaminan ia tidak akan dimasukkan dalam manifesto pilihan raya pakatan pembangkang kerana DAP tidak akan membenarkan ia berlaku selaras dengan dasar parti kami.

“DAP tidak akan berganjak daripada pendirian ini sejak penubuhan parti iaitu tidak bersetuju dengan penubuhan negara Islam dan hukum hudud kerana ia tidak sesuai dengan negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia," katanya sebagaimana disiarkan dalam laporan Buletin Utama TV3, di sini malam ini.

Kontroversi pelaksanaan hukum hudud timbul semula berikutan dakwaan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan kononnya DAP kini memahami dan menerima pendirian parti itu mengenai negara Islam tetapi ia segera disanggah Karpal yang menegaskan beliau tidak akan bertolak ansur mengenai pelaksanaan hukum tersebut.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates