Khamis, 16 Ogos 2012

KUIN Akan diBeli?


Masalah kewangan KUIN masih belum selesai walaupun dibantu oleh duit SADA, MBI dan sebagainya. Ini disebabkan perbelanjaan keterlaluan yang melebihi pendapatan.

Ditambah pulak dengan anak-anak syarikat yang hanya kerja mereka menghabiskan fund KUIN. Kini KUIN bergantung ehsan kepada PTPTN supaya dipercepatkan pembayaran. 

Apakah dengan pembayaran PTPTN ini, KUIN tidak akan menghadapi masalah selepas ini? Kemungkinan masalah kewangan KUIN akan menjadi lebih teruk kerana walaupun duit yang bakal dibayar PTPTN akan digunakan untuk membayar hutang-hutang yang sedia ada. Tahun depan macamnana?

Pengurusan KUIN menguruskan KUIN seperti cara orang Samoa hidup. Hari ini keluar cari makan hanya untuk hari ini, besok kena cari besok sajalah. Tiada perancangan untuk masa depan.

Cara terbaik dan terpantas ialah kemungkinan menjual KUIN kepada orang yang berduit. Semua masalah selesai kerana pembeli baru akan mewarisi semua masalah yang sedia ada.

Kalau ikutkan tulisan dibawah, KUIN dalam keadaan tenat dan kemungkinan dijual jika tidak dibantu sepenuhnya oleh kerajaan negeri.
Tapi kerajaan negeri pun nak korek duit dari mana? Balak pun sudah hampir habis kerana ditebang dengan begitu banyak dan sewenang-wenangnya. Nak tunggu duit hasil bumi dan SULIHH, belum nampak apa-apa lagi.

Sungguh malang kerajaan yang katanya lebih Islamik tapi hanya rhetorik!   


PENDEDAHAN EKSKLUSIF : TAKTIK KOTOR JAMIL SUDAH DIJANGKA , SYA'YA MANTAN CEO INSANIAH HOLDING TAWAR BELI KUIN

Inilah taktik perniagaan Jamil dan rakan karibnya Sya'ya (mantan CEO Insaniah Holding). Krisis kewangan yang berlaku KUIN kini adalah disebabkan oleh Sya'ya semasa memagang jawatan CEO Insaniah Holdings yang telah menggunakan kewangan KUIN untuk perbelanjaan Insaniah Holding yang sebenarnya tak pun berniaga. Bila KUIN sudah tenat maka sya'ya lari ke Turki. Bila KUIN semakin tenat ,maka Sya'ya melalui emailnya kepada Jamil telah merancang untuk mengambil 90 % ekuiti KUIN. Bahkan memaklumkan kepada Jamil beliau akan tawarkan kepada kakitangan KUIN agar berada dibawah syarikatnya apabila beliau berjaya membeli KUIN

Azizan menafikan KUIN hadapi masalah kewangan kritikal tetapi terbongkar apabila email Sya'ya mengiyakan bahawa KUIN memang benar-benar kritikal hadapi masalah kewangan yang diciptanya sendiri ketika menjadi CEO Insaniah Holding suatu ketika dahulu

Adakah Sya'ya sudah lama merancang untuk membeli KUIN dengan Jamil? Patutlah hang bagi KUIN lingkup , duit KUIN tak ada terpaksa melutut kepada MBI, SADA , lepas  tu hang dah nampak nak lingkup hang pulak nak beli.

Kakitangan suruh buat kerja ikhlas tetapi mereka yang ada agenda dengan KUIN.Patutlah bila Exco Kerajaan Negeri minta jamil bentang akaun dan laporan kewangan Jamil gagal membentang hingga hari ni, Jamil sembunyi belakang Azizan agar beliau tak payah bentang. Azizan , !!! kamu tu ustaz, kalau seorang ustaz sokong dan lindungi penzalim, kamu akan terima padah . bencana menimpa kamu bukan di akhirat, kamu saksikanlah doa orang yang dizalimi akan dimakbulkan atas dunia ni ii.

(Nantikan sambungan kisah Insan Sya'ya dan Jamil)

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

kuin dah tenat.hangpa mai tengok rumah yb merbau pulas dah nak macam istana.baru jadi yb je ......tu lah perjuangan islam depa.negeri berkebajikan.ramai rakyat yg hidup miskin lagi.

Tanah Melayu berkata...

Assalamualaikum.
Slmt Hari raya
harap tuan dapat linkkan blog saya di blog tuan. Saya juga akan berbuat demikian untuk blog tuan.

T. Kasih

http://rotansekerat.blogspot.com/

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates