Isnin, 6 Ogos 2012

KUIN: MB patut bertanggungjawab


Kekalutan yang berlaku di KUIN semakin bertambah parah.

Sejak berlaku pendedahan tentang kepincangan KUIN dan anak syarikatnya, kini ianya semakin menjadi bangkai gajah yang sudah tidak boleh ditutup lagi. Malahan ianya melibatkan pemerintah negeri yang bakal membawa kepada kerosakan yang lebih kronik.

Inilah akibatnya apabila sesuatu yang diberi kepada bukan pakarnya. Inilah akibatnya kerana terlalu bijak menyorok masalah dibawah karpet.

Tetapi kepada totok-totok PAS, ini bukan masalah besar kerana mereka senantiasa digula-gulakan dengan syurga. 

Kita bakal lihat keruntuhan KUIN dan anak syarikatnya yang diterajui oleh mereka-mereka yang memilih bukan untuk membantu rakyat dan anak bangsa tetapi lebih kepada kepentingan diri sendiri.

KENAPA JAMIL GAGAL BENTANG LAPORAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN KUIN DAN HOLDING

Jamil dan sekutu rapatnya di kalangan Holding sudah dua kali gagal hadir ke dalam mesyuarat Exco kerajaan Negeri Kedah kerana takut membentangkan laporan terkini pengurusan kewangan KUIN dan Holding.

Pihak exco pada mesyuarat yang lalu telah memutuskan memanggil Jamil membentangkan laporan kewangan semasa KUIN dan Holding yang didakwa mengalami krisis kewangan yang sangat kritikal.

Kenapa Jamil tidak dapat menyiapkan laporan untuk dibentangkan kepada exco :

1. Bila dah laporan yang Jamil kelentong Azizan dalam mesyuarat lembaga tak betul dan penipu , jadi Jamil tiba tiba gentar nak bentang dalam exco kerana sedar dia dikelilingi oleh orang yang geliga penipu.

2. Penyata anak syarikat dan Holding tak seiring menyebabkan debit dan kredit lintang pukang

3. Sejak ditubuhkan anak syarikat dan Holding belum pernah laporan kewangan  dihantar kepada Suruhanjaya syarikat Malaysia (SSM) sehinggaka Holding diberi amaran perlu menghantar report sebelum 31 Julai 2012.

4. Jamil menjaga pegawai penjenayah yang dibawamasuknya sebagai Pengurus Kewangan (FC) agar tembelang ala penjenayah yang telah disabitkan Mahkamah Tinggi dapat dilindungi.

5. Azizan sedar kekasihnya Jamil dah ketar nak bentang , lalu Azizan cover line supaya jamil melengah-lengahkan pembentangan.

6. Azizan sedar bahawa KUIN tidak akan dan tidak berupaya untuk berpindah ke Kuala Ketil walaupun kampusnya mampu siap pada masanya kerana masalah kewangan merupakan masalah utama perpindahan Kuala Ketil.

7. Azizan sedar, dia akan malu sebagai seorang Menteri Bohong (MB) Kedah yang telah banyak ditupu Jamil dan Azizan pun dok cakap tipu, kalau Jamil bentang maka exco akan mengetahui memang Jamil dan Azizan bekerja dengan cara tipu.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Sebab hangpa pakar sangat la sampai Melayu dan ahli UMNO masih merempat tetapi kroni Melayu UMNO yang sangat pemalas tak pula merempat walaupun 55 tahun kita Merdeka! Yang peliknya, hampir tiada Cina yang merempat. Sudahlah, bangkai anjing boleh la hangpa sorok. Sorry la ya PRU13,kami dah tak larat nak makan nasi dengan kicap dah, sesekali nak juga rasa macam hangpa pi makan steak kat Paris!

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates