Rabu, 15 Ogos 2012

Malaysia Negara Islam - DAP ingin meruntuhkannya


1. Ini adalah pengiktirafan kepada Pemerintah Malaysia. Malaysia berjaya meletakkan Islam sebagai agama rasmi dalam perlembagaan Persekutuan walaupun dihuni pelbagai bangsa dan kaum.

2. UMNO berjaya membawa Malaysia menjadi sebuah negara Islam maju yang berjaya melaksanakan pelbagai suruhan dan keperluan Islam. 

3. Hudud bukan ditolak tetapi memerlukan perlaksanaan secara bijak kerana Malaysia terdiri dari rakyat majmuk.

4. Meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara dan mempertahankannya adalah memerlukan keberanian dan kekuatan iman. Inilah yang dipertahankan oleh UMNO walaupun pelbagai tentangan diberikan terutama dari DAP yang dibantu PAS dan PKR.

5. Nampaknya MP PAS juga sudah bersetuju dengan pendekatan pemerintah semasa.

6. Kepada penyokong-penyokong PAS dan PKR yang beragama Islam, apa lagi yang kita perlukan untuk membuktikan yang kita berada dijalan yang betul dalam melaksanakan ajaran Islam dibumi Malaysia yang dihuni pelbagai bangsa dan agama.

7. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Kita adalah minoriti apabile berpecah. Tetapi jika bersatu, kita boleh gegarkan dunia!

Beberapa tokoh ulama dari Arab Saudi hari ini menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang berjaya meletakkan Islam sebagai teras kepada kemajuan.
    
Tokoh ulama terkenal di Arab Saudi iaitu Sheikh Dr Abdullah Hamad Jalaly, Mufti Masjidil Haram Makkah Sheikh Dr Sulaiman Al Salumi dan Ketua Hakim Mahkamah Makkah Dr Saleh Darwish menyatakan pandangan mereka itu dalam satu perjumpaan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Ketiga-tiga tokoh agama bersama dua lagi pemimpin Islam terkenal iaitu Penasihat Wasir TV Channel Sheikh Dr Abdul Rahim Mulazadah dan Pengerusi Al Maijd TV Dr Hammad Mohamad Al Ghammas mengunjungi Perdana Menteri yang mengetuai delegasi Malaysia pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di kota suci Makkah mulai hari ini.

Najib memberitahu wartawan Malaysia di Makkah, ketiga-tiga ulama Arab Saudi itu memuji kerajaan Malaysia kerana berjaya mengukuhkan kedaulatan Islamiah apabila meletakkan Islam sebagai agama persekutuan walaupun rakyatnya berbilang kaum dan agama.
    
Katanya, para ulama Arab Saudi juga kagum dengan kepimpinan kerajaan Malaysia yang memupuk hubungan baik antara ulama dan umarak dan mahukan negara Islam lain menjadikan Malaysia sebagai model negara Islam yang maju.

"Kita juga memaklumkan mengenai konsep Wasatiyah yang kita pegang dari dulu dan di peringkat negeri pula kita mempunyai enakmen yang menyebut pegangan kita ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah bagi mengelakkan berlaku sebarang konflik dan kerosakan akidah dan sebagainya," katanya.
    
Ulama itu berpendapat pendekatan kerajaan terhadap kepimpinan yang berteraskan Islam itu telah mengelakkan Malaysia daripada menghadapi sebarang konflik seperti negara majmuk yang lain.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates