Khamis, 16 Ogos 2012

PAS bukan parti Islam

Kaitan PAS dengan Islam ialah ianya dianggotai hampir kesemuanya beragama Islam.

Kaitan seterusnya ialah apabila pengikut PAS asyik mengaku yang mereka lebih Islam dari yang lain. Tetapi praktikalitinya, mereka boleh dikategorikan kosong.

Perjuangan untuk membentuk satu negara dan komuniti Islam mereka hanya sewaktu berada di atas pentas di kampung-kampung. Yang selebihnya mereka mengikut cakap DAP dan PKR.

Dimana buktinya PAS itu parti Islam?

Menjadi satu trend kebiasaan bagi penyokong dan pemimpin PAS tatkala bertelikah pendapat sesama Islam, mereka akan sentiasa mengambil pendirian mendahulukan kepentingan politik kepartian sekalipun ianya langsung tidak menepati anjuran Islam yang mahu umatnya berlapang dada dalam menerima perbezaan pandangan.

Sikap bongkak dan perilaku taksub pada parti yang ditonjolkan oleh penyokong dan pemimpin PAS dalam banyak hal membabitkan kepentingan ummah seakan sudah satu lumrah berkemungkinan berkait rapat dengan asal usul penubuhan PAS itu sendiri yang lahir dari perasaan dendam dan irihati.

Lanjutan dari itu menyebabkan ramai penyokong PAS mahupun pemimpin mereka sentiasa berusaha mencari alasan untuk memperlihatkan pendirian mereka dalam sesatu isu adalah betul dan tidak pernah silap, manakala apa sahaja yang diusahakan oleh UMNO akan cuba dipropagandakan sebagai salah dan tidak pernah betul di mata mereka.


0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates