Selasa, 28 Ogos 2012

PAS Mahu Singkir Nasharuddin Kerana Syiah


PAS sudah begitu condong kepada samada Erdogen atau Syiah. Mana-mana ulama atau pemimpin yang tidak mengikut citarasa mereka akan ditendang keluar.

Kedah Times meramalkan yang satu masa PAS bakal menjadi parti melukut digantang dan akan ditolak umat Islam yang berfikiran waras.

Pimpinan PAS hanya mereka-mereka yang ditolak oleh rakyat dan bertindak melawan kehendak Islam dan rakyat.

Cakap-cakap yang sedang hangat kedengaran sekarang banyak menjurus kepada kemungkinan besar bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa akan berdepan dengan penyingkiran dari parti tersebut.

Jika ianya menjadi kenyataan seperti diramalkan oleh sesetengah penganalisis politik tempatan bermakna ia akan menjadi sejarah hitam buat PAS kerana baru sahaja kira-kira 8 bulan lalu parti itu memecat bekas Naib Presidennya, Hasan Ali.

Berbeza dengan pemecatan Hasan sebelum ini yang dilakukan tanpa sebarang peluang pembelaan diri, dalam kes Ustaz Nasharuddin terdapat cadangan untuk membenarkan beliau memberi penjelasan atas beberapa kenyataan kerasnya yang ditakrifkan oleh ramai pemimpin PAS sebagai melanggar dasar parti.

Bagaimanapun, tidak semua pemimpin PAS di peringkat Pusat, Negeri dan Kawasan yang bersetuju dengan tindakan PAS yang sejak kebelakangan ini dilihat terlampau keras terhadap perbezaan pandangan sesama pemimpin parti tetapi dimasa yang sama pula ternampak jelas agak lunak bila berhadapan dengan tuntutan parti lain dalam Pakatan rakyat (PR).

Waktu ini PAS bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan tekanan dan kerenah langsung dari pemimpin parti yang berkiblatkan idealisme Anwar Ibrahim malahan turut menghadapi senario lain yang telah lama membarah dalam struktur kepimpinannya.

Mengikut satu sumber yang rapat dengan kepimpinan PAS Pusat, faktor lain yang turut memainkan peranan menambah tekanan ke arah usaha menyingkirkan Ustaz Nasharuddin juga mempunyai kaitan rapat dengan inisiatif sekumpulan pemimpin pro Syiah yang mahu menguasai secara total struktur kepimpinan PAS sekarang.

Teguran keras Ustaz Nasharuddin terhadap PAS berhubung hubungannya dengan DAP serta faktor penyiaran fotonya menemani Perdana Menteri di Mekah Al-Mukarramah tempohari hanyalah asbab bagi membolehkan kumpulan pro Syiah merealisasikan usaha 'memancung' pengaruh Ustaz Nasharuddin dalam parti.

Kumpulan pemimpin terbabit yang berimamkan Timbalan Presiden PAS sekarang iaitu Mohammad Sabu (Mat Sabu) dilihat sedang cuba mengembangkan pengaruh mereka dengan cuba 'memancung' seramai mungkin pemimpin parti yang diyakini akan merencatkan perencanaan mereka untuk menguasai tampuk kepimpinan PAS.

Dengan dokongan dan kerjasama yang dijalinkan bersama kumpulan pro Anwarinas, ia menjadikan usaha-usaha sedemikian dilihat semakin mudah untuk dilakukan sementelah lagi tika ini masing-masing kebetulannya berdepan musuh yang sama dalam parti.

Sekiranya usaha-usaha terancang yang dilakukan sekarang berjaya menyingkirkan Ustaz Nasharuddin dari PAS, tidak syak lagi dalam jangka waktu terdekat atau paling lambat selepas PRU 13 kelak, kita akan meyaksikan satu lagi perubahan drastik yang akan turut menarik turun Hadi Awang dan Haron Din dari kedudukan mereka sekarang.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates