Isnin, 13 Ogos 2012

Peyokong yang semakin RIAK

Satu sifat yang mungkin sukar dikikis dari ahli-ahli PAS ialah sangat Ego atau riak.

Mereka merasakan yang merekalah lebih Islam dari orang lain. Islam adalah hak PAS dan PAS adalah Islam. Itulah yang membuatkan mereka memandang atau menganggap bukan ahli PAS adalah jahil atau tidak islamik.

Yang peliknya sikap EGO atau RIAK ini dapat dengan senangnya dikikis apabila mereka bermurafaqah dari PAS. Terus menjadi orang yang humble dan menghormati muslim yang lain.

Mungkin kerana janji syurga yang seringkali diberikan oleh pemimpin-pemimpin mereka, maka riak atau ego ini adalah dihalalkan untuk mereka. Walhal, Allah selalu mengingatkan manusia supaya menjauhi sifat riak kerana ianya bakal mengundang kepada penolakkan Allah ke atas amalan kita.

Mungkin syurga yang dijanjikan oleh pemimpin PAS adala syurga dajjal, sebab itu riak atau ego dihalalkan.


TUDIAA!! Perangai Buruk Orang Pas Di Putrajaya!!

Tindakan ahli parti PAS yang mengadakan solat di kaki lima Precint 15, menyebabkan beberapa penduduk tampil meluahkan rasa kekesalan mereka akibat tindakan PAS yang dilihat mahu menunjuk-nunjuk kepada masyarakat sekitar Putrajaya.

Seorang penduduk yang ditemui kru Putrajaya-Online Rashid Manaf 36, mempersoalkan tindakan ahli PAS yang bersolat di kali lima sedangkan terdapat banyak surau serta masjid-masjid di sekitar Putrajaya.

"Solat secara berjemaah memang sesuatu yang dituntut oleh agama, namun tindakan PAS bersolat di hadapan premis perniagaan di Precint 15 ini sebenarnya telah menganggu urusan penduduk, kerana khemah yang dibina telah menghalang laluan pejalan-pejalan kaki"

"Adakah Majlis Perbadanan Putrajaya membenarkan mereka membina khemah di laluan tersebut, kerana tindakan itu sebenarnya menghalang laluan pejalan kaki, malah setahu saya markas mereka (PAS) di tingkat dua terdapat ruang yang luas untuk mengerjakan solat" katanya.

Suria 22 tahun, pekerja kedai serbaneka dalam reaksinya berkata "kenapa mereka solat di kaki lima, setahu saya banyak surau dan masjid yang ada di Putrajaya. Malah jarak dari sini tidak sampai 5 minit perjalananan, perbuatan mereka ini seolah-olah mahu menunjuk-nunjuk, sedangkan dalam Islam kita tidak digalakkan riak dengan setiap ibadah yang kita lakukan".

Precint 15, Putrajaya yang menempatkan beberapa premis perniagaan serta pejabat-pejabat syarikat swasta itu merupakan lokasi tumpuan warga sekitar Putrajaya setiap kali cuti hujung minggu kerana di kawasan tersebut terdapat premis seperti Mydin, Domino's Pizza serta beberapa restoran lain.

Pemerhatian kru Putrajaya-Online mendapati markas PAS di tingkat 2 terdapat ruang yang cukup luas mengadakan solat secara berjemaah manakala terdapat sebuah surau lain berdekatan markas mereka, iaitu Surau Ar-Rahman yang terletak di Precint 16 yang mana hanya memakan masa 5 minit perjalanan.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Penyokong PAS semakin riak tapi Penyokong UMNO pulak dok rojoh hang aku....apa punya tuuurrr la....

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates