Khamis, 27 September 2012

ANWAR PERLEKEH UMAT ISLAM TENTANG PENGHINAAN RASULULLAH SAW???


Bagai nak rak mencanang buat tazkirah sana sini. Konon nak menunjukkan kelayakkannya sebagai pemimpin berjiwa Islam. Kononnya hanya dialah yang lebih terbaik berbanding dengan orang lain. Dah tu rela menjadi imam solat , konon nak menunjukkan kreteria pemimpin mampu memimpin umat Islam.
Tetapi.....

Ketika majoriti umat Islam di seluruh dunia membantah filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhamad SAW, Anwar Ibrahim pula bertindak sebaliknya dengan menempelak tindakan bantahan itu sebagai beremosi dan cepat melenting.

"Tindak balas ganas terhadap filem yang menghina Islam, dia (Anwar) bersetuju bahawa terdapat satu 'masalah dalam jiwa umat Islam..mudah marah dan emosi," lapor Eddie Barnes, wartawan The Scotsman, media terbitan British, ketika menemu bual Anwar semasa Ketua Pembangkang itu melakukan lawatan ke United Kingdom baru-baru ini.

Wartawan The Scotsman melaporkan kata-kata Anwar itu dalam artikel yang bertajuk, "Eddie Barnes: Tough challenge to heal the divides in Malaysia". Wawancara itu turut dimuat turun di laman peribadi Anwar, anwaribrahimblog.com.

Ketika disoal tentang bantahan pemerintah Malaysia terhadap filem itu, Anwar berkata, "mereka berpura-pura bercakap membela Islam apabila mereka terang-terangan korup dan tidak adil. Itulah sikap kumpulan yang sedang memegang kuasa"

Eddie Barnes juga turut melaporkan cemuhan Anwar terhadap langkah kementerian pendidikan Malaysia yang menerbitkan satu garis panduan mengenal pasti kecenderungan homoseksual di kalangan pelajar, sebagai langkah 'gila'.

Pada tahun 2009, Anwar turut mengeluarkan kenyataan yang hampir sama ketika berceramah dalam program 'Muslim Christian Interfaith Conference' di Perth, Australia. ( Boleh jejak di youtube berpandu gambar yang pu3 sertakan di atas)

Dalam ceramah di hadapan majoriti penganut Kristian Australia itu, Anwar memperlekehkan umat Islam Pakistan yang berdemonstrasi membantah Kartun Denmark (Danish Cartoon), karikatur yang menghina Islam dan Nabi Muhamad SAW.

Kartunis Denmark, Kurt Westergaard, disifatkan menghina Islam kerana melukis wajah Nabi Muhammad SAW dengan memakai serban yang bentuknya mirip sebutir bom.

Karikatur yang disiarkan oleh beberapa akhbar utama Denmark itu telah menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.



Petikan dari Pewaris Anak bangsa

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates