Khamis, 27 September 2012

Anwar vs 1 Bilion Umat Islam


Kedah Times petik dari posting sahabat Ee Si Kucing. Kita sama-sama hayati dan fikirlah siapa Anwar sebenarnya.

Jika seorang boleh mengatakan 1 bilion umat Islam sebagai mudah marah dan beremosi, apakah ianya benar?

Benarkah 1 bilion umat Islam bermasalah atau hanya seorang saja yang bermasaalah iaitu Anwar?

Tepuk dada tanya iman.

Apakah Anwar telah keluar dari Islam dan menjadi Yahudi Laknatullah?..
by Ee Si Kucing on Thursday, 27 September 2012 at 02:12 ·

Ee rasa apa yang dikatakan dan disokong oleh Anwar Al Juburi dalam akbar Britain,The Scotsman baru-baru ini bahawa "Jiwa orang Islam ada masalah, mereka mudah marah dan beremosi".. 

Dalam artikelnya yang bertajuk "Eddie Barnes: Tough challenge to heal the divides in Malaysia" di New Straits Times baru ini.  Anwar Al Juburi memberikan kata-kata merujuk kepada bantahan umat Islam seluruh dunia termasuk rakyat negara ini yang membantah filem yang menghina Islam. Pada Ee sebenarnya Anwar Al Juburi lebih buruk dan beliau mengidap penyakit hasad dan masalah jiwa yang melampau kerana menghasut rakyat agar memberontak dalam bersih kerana terlalu mengidamkan jawatan Perdana Menteri. Apa yang Ee nampak Anwar lebih parah kerana apa yang beliau lakukan bukan kerana memperjuangkan Islam sebaliknya kerana mabuk untuk berkuasa demi kepentingan peribadi akibat dendam sanggup membohongi rakyat. 

Pada Ee jika Anwar mengatakan jiwa orang Islam ada masalah, mudah marah dan beremosi apakah beliau sendiri bukan dari kalangan orang Islam? 

Apakah Anwar merasakan dirinya tidak mempunyai agama?

Apakah Anwar telah keluar dari Islam dan menjadi Yahudi Laknatullah?

Apakah Anwar merasakan dirinya bukan dari kalangan ummad Nabi saw?

Jika selama ini Anwar sanggup menghasut rakyat menjadi pengkianat kepada tanah air sendiri dengan membuat demonstrasi sehingga mencetuskan huru-hara dalam negara semata mengharapkan negara menjadi kucar-kacir dan beliau boleh merampas negara dan menjadi Perdana Menteri tanpa melalui proses PRU, kini beliau merasakan bahawa dirinya tidak menghadapi masalah jiwa dengan mengata orang Islam yang membuat demonstrasi membantah filem yang menghina Islam sebagai menghadapi masalah jiwa, mudah marah dan beremosi.

Ee ingin memberi ingatan kepada rakyat negara ini sedarlah! Bangunlah.. Wahai anak anak Melayu Islam.. Kamu mabuk dengan politik ikut ikutan... Kamu tak kenal intan permata... Kaca kamu genggam kuat kuat.. Kamu katakan intan berlian permata... Dik kerana dah terlalu mabuk terkena air hasutan.. Dari pemimpin Melayu derhaka jahanam yang hasad dan gila kuasa... Sedarlah! 

Ingatlah, bahawa Anwar bukanlah pemimpin yang baik apabila mengajar kamu membuat kerosakkan pada agama, bangsa dan negara tanpa kamu sedari. Dengan kemahirannya membelitkan lidah kamu telah terpedaya serta tertipu oleh kepandaiannya berlakun dan bersendiwara..

Bangunlah! Wahai bangsaku dalam 1Malaysia pada PRU 13 kelak dengan mengkuburkan sedalamnya Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya dalam pakatan haram mereka. Marilah kita bersatu dalam 1Malaysia dengan memberikan sokongan yang besar dan memberikan mandat sepenuhnya kepada kerajaan pimpinan UMNO untuk yang telah banyak berjasa kepada kita semua tanpa mengira bangsa dan agamanya. Marilah kita bersatu dalam 1Malaysia demi agama, bangsa dan negara.

So.. kamu fikirkanlah sendiri...

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates