Selasa, 18 September 2012

Azizan dalam keadaan tidak stabil

Berita mengenai MB azizan yang jatuh sewaktu kebilik  santapan untuk menunggu Baginda Agong hangat diperkatakan.

Seperti yang disebut sebelum ini oleh Kedah Times yang kesihatan MB amatlah tidak mengizinkan beliau terus berkhidmat. Tetapi mungkin disebabkan beberapa faktor, beliau terus memegang jawatan tersebut.

1. Nak mengelakkan dari jawatan nombor satu diambilalih oleh puak-puak yang gila kuasa yang beliau ibaratkan sebagai Yahudi.

2. Nak pecah rekod Nik Aziz yang sudah pasti tidak boleh dipecahkan dalam memerintah negeri.

BERITA KONVO: AZIZAN REBAH TERDUDUK SEMASA KONVO KUIN SESI PERTAMA


17 sept -  Azizan yang memang tak dapat menutup keuzuran dan sakit terutama berkaitan dengan jantung dan buah pinggang , namun Azizan cuba untuk menampakkan bahawa dia masih sihat.

Hasilnya pada jam 12.15 tengahari sebaik sahaja Azizan selesai perarakan besar keluar dewan konvo KUIN dan setelah meletakkan jubahnya, Azizan melangkah masuk ke dalam Bilik Santapan KUIN . Sebaik sahaja melangkah masuk ke bilik santapan Azizan tiba-tiba tak bermaya lantas terus terjatuh terduduk. Tak pasti  Tuanku Agong yang sudah berada di bilik Santapan perasan atau tidak Azizan jatuh, lalu Azizan di papah oleh 2 orang pembantunya (body guard) ke kerusi santapan untuk menunggu Baginda Agong.

Azizan kemudiannya nampak marah kepada karpet yang kononnya menyebabkan dia jatuh (macam budak-budak la pulak)

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates