Rabu, 5 September 2012

AZIZAN DIDESAK

Assalamualaikum, bersua kembali setelah agak lama berehat. Terpaksa menguruskan kerja-kerja yang tertangguh akibat dari cutiraya yang panjang.

Terkini kisah Dato' Seri MB yang dikatakan agak kritikal. Dan hebah mengatakan yang mesyuarat exco pun bakal diadakan di rumah sakit. Benar atau tidak. wallahuaa'lam.

Walaubagaimanapun, Dato' Seri MB setahu Kedah Times tidaklah begitu sihat.  Jika dalam keadaan beliau, sepatutnya jawatan nombor satu di Negeri Kedah patut dilepaskan kerana keadaan kesihatan sebegitu tidak layak untuk memimpin sebuah negeri.

Beliau minum kopi tanpa gula. Jika nak rasa gulapun, kena guna gula spesial. Gula tanpa kalori atau sweetness. Beliau tidak selesa berada dalam suasana berhawa dingin. 

Bayangkan nak mesyuarat dalam bilik berhawa dingin, sudah beliau tidak akan berada lama. Maka berlakulah keputusan yang dibuat tanpa usul-periksa secara terperinci. Peluang-peluang untuk mengekspolitasi keadaan beliau dalam meluluskan sesuatu keputusan mungkin diambil oleh pihak-pihak yang senantiasa mencari peluang.

Dan sudah banyak keputusan yang amat merugikan telah diambil. Kita boleh ambilkira keadaan kesihatan beliau telah dieksploitasi oleh mereka-mereka yang berkepentingan.

Contoh terbaik ialah soal pemberian konsesi balak. Semua keputusan dibuat oleh MBI. Jabatan Hutan hanya jadi jurutaip surat dan posmen sahaja.

Maka tidak hairanlah jika ada angin yang mahukan beliau disingkir.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates