Khamis, 27 September 2012

Dajjal dah hantar panglimanya

Memang dasar musang berbulu ayam, biawak lidah bercabang, harapkan pagar makan padi dan pelbagai lagi boleh kita sebut tentang Anwar. Tetapi masih ada segelintir orang Melayu Islam yang mempercayai dia dan sanggup tidur atas jalan demi Anwar.

Begitulah sifat Dajjal. Dia boleh mempengaruhi manusia dengan pelbagai janji sehingga mereka sanggup mati katak demi dia.

Anwar ibarat dajjal kecil yang dihantar sebagai penanda akan kehadiran Dajjal besar.

Tapi yang sedihnya PAS yang asyik melaung tentang Islam menjadi pengikut setia dajjal kecil ini.

KUALA LUMPUR, 26 Sept - Presiden Jalur Tiga (JATI), Dato' Dr. Hasan Mohamed Ali hari ini membidas kenyataan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa "umat Islam mempunyai masalah dalam jiwa mereka" dua hari lalu di London baru-baru ini.

Bagi bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu, kenyataan Ketua Pembangkang tersebut menggambarkan satu penghinaan terhadap umat Islam dan tidak sensitif terhadap komitmen masyarakat Islam yang bangun menentang sebarang usaha memperlekehkan umat Muhammad SAW.

"Untuk mengatakan umat Islam 'mempunyai masalah dalam jiwa mereka' sebagaimana yang disebut Anwar Ibrahim di London 2 hari lalu, bagi saya ini adalah satu kenyataan yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang pemimpin Islam"- katanya kepada pemberita dalam sidang media dikediamannya disini hari ini.

ADUN Gombak Setia itu juga mengjangkakan masyarakat Islam akan terus dihina dan ditekan. Lantas yang demikian, tidak terlintas di fikiran beliau Pakatan Rakyat mampu menangani isu-isu yang melibatkan maruah dan martabat Islam.

"Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat telah benar-benar merobek hati dan perasaan masyarakat Islam"- tambahnya lagi.

Sehubungan dengan itu, Hasan Ali mendakwa kenyataan Anwar Ibrahim di London 2 hari lepas menjejaskan aqidah dan keimanan seseorang Muslim lantas menyerahkan kepada para ulama untuk membuat penilaian.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates