Jumaat, 21 September 2012

Hudud PAS Menzalimi Mangsa Rogol


Beberapa hari lepas negara kita dikejutkan dengan satu berita kes sumbang mahram yang dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan pembangkang manakala mangsanya ialah anak perempuan sendiri yang baru berusia 15 tahun.

Berdasarkan pengakuan mangsa, bapanya telah merogol dirinya di rumah mereka pada tahun 2011. 

Berikutan perbuatan sumbang tersebut, mangsa dilaporkan telah melahirkan seorang anak luar nikah di sebuah hospital di Selangor. 

Laporan polis telah dibuat oleh seorang jururawat bertugas selepas timbul keraguan kerana usia mangsa yang agak muda disamping faktor ketiadaan si suami yang menemaninya sepanjang proses mangsa melahirkan anak.

Lanjutan dari situ, pemimpin politik tersebut dan seorang anak lelakinya yang berusia 14 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan polis manakala sampel DNA kedua-duanya diambil untuk ujian lanjut bagi menentukan kesahihan kes.

Manakala sumber lain pula menyebut, semasa siasatan awal oleh pihak polis didapati telah berlaku tuduh menuduh antara si bapa dengan anak lelakinya berhubung kes tersebut.

Sama ada keterangan mangsa yang melahirkan anak luar nikah ini sah terbukti atau sebaliknya bergantung pada siasatan lanjut oleh pihak polis dan juga keputusan ujian DNA kelak.

Bagaimanapun, jika kes rogol sumbang mahram ini dibicarakan mengikut Draf Hudud PAS yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada November 1993, pastinya peluang untuk mangsa rogol itu mendapat pembelaan terlampau tipis.

Ini kerana berdasarkan kemahuan yang ditetap dalam Keterangan / Bahagian III Seksyen 41 (Syarat-syarat menjadi saksi)  dan 42 (Keadaan keterangan)Draf Hudud PAS itu, syaratnya yang berkehendakkan 4 saksi yang tidak berdosa besar dan tidak melakukan dosa kecil yang berulang kali bukan sahaja sukar untuk ditemui malah terlampau jarang perogol yang melampiaskan nafsu mereka dihadapan orang ramai.

Kerapkali  kes rogol sama ada melibatkan saudara sedarah (sumbang mahram) atau sebaliknya, jenayah sedemikian dilakukan secara sulit jauh dari pandangan ramai dan kiranya ada saksi yang kebetulan melihatnya tentu sekali mereka akan segera berusaha menghentikan perlakuan tersebut.

Amatlah malang sekiranya 4 saksi yang tidak berdosa besar yang misalnya kebetulan menyaksikan sesuatu cubaan kes rogol atau perlakuan zina suka sama suka hanya berdiam diri menunggu zakar benar-benar masuk ke dalam faraj mangsa rogol kemudian barulah bertindak menghentikan kejadian tersebut.

Dengan kelemahan keterangan dalam Seksyen 41 dan 42 draf Hudud PAS itu, bukan sahaja mangsa rogol terpaksa menghadapi trauma akibat kejadian tersebut malah apabila dirinya gagal menghadirkan empat saksi yang dikehendaki bermakna mangsa pula yang terpaksa berdepan dengan hukuman Hudud PAS.

Demikian juga kelemahan dalam Seksyen 46 (Keterangan Qarinah) draf yang sama menyebut "Dalam perkara zina, kehamilan atau kelahiran anak oleh seseorang perempuan yang tidak mempunyai suami hendaklah menjadi keterangan yang boleh mendapatinya bersalah melakukan zina dan yang demikian hukuman hudud ke atasnya hendaklah dikenakan melainkan jika dapat membuktikan sebaliknya". 

Keterangan dalam Seksyen 46 itu berkait langsung dengan Seksyen 41 dan 42, dengan demikian risiko berlakunya kezaliman terhadap mangsa rogol terlampau besar kecualilah jika kes rogol sengaja dilakukan oleh penjenayah di hadapan khalayak ramai misalnya dalam kes peperangan di Bosnia suatu ketika dulu.

Mempertikaikan kelemahan draf hudud PAS bukan bermakna mempertikaikan Hudud Allah. Kedua-duanya jauh berbeza diantara satu sama lain. Hudud PAS dikarang oleh manusia yang gagal meletakkan sifat adil sebagai intipatinya, sedangkan Hudud Allah meletakkan keadilan di aras yang tertinggi, tidak jumud atau statik dalam tafsirannya untuk pembuktian sesuatu kes.

Merujuk pada kes rogol sumbang mahram yang sedang kecoh sekarang, apakah pilihan yang ada bagi mangsa yang telah melahirkan anak luar nikah itu untuk mendapatkan pembelaan apabila draf hudud PAS menutup terus ruang kepada kaedah pembuktian lain misalnya penggunaan DNA, rakaman video, laporan perubatan dan lain-lain?

Bukankah jelas ia bakal menyebabkan berlakunya kezaliman dan ketidakadilan terhadap mangsa rogol tersebut. 

2 comments:

Kedah La berkata...

Hudud bicara kes rogol pulak dahh? kalau tak reti pasai hudud toksah dok bersembanglah, nampak kata bodo




Oleh TOK SENAPI

Terbaca sebuah artikel dari blog UMNO sukarela ni mengenai hudud. Tengok tang tajuk pun dah merapu tapi saja TS lajak pi baca isi. Ish ish nampaknya jahil murakab sungguh puak-puak yang lebih kenai setan dari malaikat ni mengenai hudud.

Isi yang diulas panjang lebar tu rupanya idea copy paste dari bahan yang cetuskan kira-kira 20 tahun lalu sewaktu DUN Kelantan yang luluskan Enakmen Jenayah Syariah (II) yang mengandungi hukum hudud, iaitu perihal perempuan tak bernikah tau-tau mengandung.

Jawapan yang dibuat secara ilmiah oleh Dewan Ulamak PAS Pusat ketika itu jelas dan jitu, sehingga tidak dapat dicabar oleh ulamak UMNO, tapi mungkin penulis artikel UMNO masa tu tak masuk jawi (budak kanyag lagi) jadi tak dapatlah penjelasan tu. TS cuba cari tengok kalau jumpa kita siar penjelasan tu... tapi penjelasan sementara bolehlah Tok Senapi bagi untuk clearkan kebengongan penulis blog UMNO tu.

1. Hukum hudud tidak bicara kes rogol tapi bicara kes zina, yakni suka sama suka. Beza rogol dengan zina ialah satu paksa, satu suka sama suka. Zina bicara ikut hudud manakala rogol bicara ikut takzir atau sekarang ni disebut Penal Code.. dah ada pun dang-undang tu.
Berikut adalah kesalahan-kesalahan hudud:
a) Sariqah (mencuri);
b) Hirabah (merompak);
c) Zina (melakukan persetubuhan haram);
d) Qazaf (membuat tuduhan bahawa seseorang itu melakukan zina yang mana tuduhan itu tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi);
e) Syurd (meminum arak atau minuman yang memabukkan); dan
f) Irtidad atau riddah (keluar daripada agama Islam).
Semua kesalahan hudud itu adalah berdasarkan nas Al-Quran... jangan dok pertikailah!


2. Apa kes pun yang berlaku, melibatkan jenayah syariah atau sivil ia tidak terus di bawa ke mahkamah tetapi mesti melalui proses siasatan. Kadang-kadang siasatan tu memakan masa yang lama bagi untuk mengumpul bukti. Misalnya kes 'khalwat' Badrul Amin dah berbulan sampai sekarang tak habis lagi siasatan dan mungkin akan memakan masa bertahun-tahun lagi baru siap (contoh saja tu). Nak habag kata siasatan untuk kes syariah memang teliti. Selepas siasatan selesai serah pula kat pendakwa untuk dakwa bawah seksyen apa. Kalau pendakwa kata siasatan tak lengkap patah balik kat polis atau pihak berkenaan, kalau tak cukup bukti tak boleh dakwa. Kes rogol, sumbang mahram secara paksa kena masuk Penal Code, tak boleh dakwa bawah hudud. Hanya kes yang jelas berkaitan kesalahan hudud baru bicara ikut hukum hudud.


3. Semua kes jenayah syariah kena dibaca atau dirujuk dengan semua enakmen yang sedia ada. Hudud yang dilulus di Kelantan atau Terengganu tu tak boleh dibaca bersendirian melainkan dengan lain-lain enakmen yang berkaitan. (Nak bincang hak ni kena pakarnya yang ulas) cuma nak habag bagi bukan boleh baca enakmen yg terbabit dengan hudud tu saja macam yang diulas penulis UMNO tu, tak betoi!


4. Kanun jenayah syariah yang mengandungi hudud yang dilulus di Kelantan dan Terengganu tu bukan dibuat oleh ulamak PAS semata-mata dan bukan dibincang sejak PAS menang tapi sebelum itu lagi, dengan perbahasan oleh ulamak-ulamak besar dunia. Antaranya Prof. Dr. Ahmad Ibrahim pakar syariah... ni pun satu masalah jugak, puak2 UMNO tu kenai ka Dr. Ahmad Ibrahim, agaknya depa lebih kenai Siti Nurhaliza berbanding Dr. Ahmad Ibrahim. Kalau setakat Loyar Buruk Zul Nordin ilmu dia taik kuku Dr. Ahmad Ibrahim pun takdak mengenai syariah. Jadi kalau setakat penulis cabok blogger UMNO tu tak payah nak cabarlah para ilmuan besar Islam dunia.


Cukup dulu 4 hujah atau penjelasan tu... nasihat TS pada penulis tu, pi balik mengaji dulu nuu balik mai baru kita boleh berhujah. Nak berhujah dengan orang jahil macam tu la ni buang masa saja...

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak tau tentang Hudud tak payah lah nak bercakap tentang Hudud .

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates