Isnin, 17 September 2012

Hudud; Polemik Politik PAS untuk PRU


Ini bukan Kedah Times kata. Bukan juga UMNO atau pemimpin UMNO kata.

Tetapi pemimpin PAS sendiri yang kata. 

UMNO telah lama bagitau yang kita perlu beri pemahaman sepenuhnya kepada rakyat untuk melaksanakan hudud dengan sebaik-baiknya.

Nabi kita dulu sebelum dia melaksanakan sesuatu, dia pastikan yang semua pengikut faham dan pastikan iman mereka teguh. 

Kalau kita tengok berapa kerat sangat pengikut PAS yang betul-betul mengamalkan Islam yang betul. Ramai yang masih mengamalkan gaya hidup bukan cara Islam.

'Belum Masa Laksanakan Hudud'

Shah Alam : Ketika pemimpin pas mahu hukum hudud dilaksanakan, Ahli Parlimen Pas Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad pula berbeza pendapat. Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, tidak setuju Hudud dilaksanakan selagi rakyat tidak menerima dan memahami  undang-undang islam itu secara mneyeluruh.

Katanya, sekarang bukan masa yang kondusif untuk hudud dilaksanakan kerana proses merealisasikan undang-undang itu memerlukan perbincangan secara terbuka serta membabitkan banyak proses perundangan.

"Selain itu, banyak pekara lagi yang perlu dibuat dan semua pihak harus memahaminya. Usaha menerapkan pemahaman mengenai hudud tidak boleh hanya melibatkan golongan tertentu, perlu merangkumi semua pihak agar tidak ada yang terkeliru," katanya.

Sehubungan itu, Dzulkefly berkata, hudud tidak mungkin dapat dilaksanakan dalam masa terdekat. Bercakap dalam satu program bual biacara anjuran televisyen internet, MobTV bersama Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya bertajuk 'Hentikan Polemik hudud,' beliau berkata, isu hudud kini semakin menjadi permainan politik.

"Dalam keadaaan ini, jika ia tidak ditangani secara baik, banyak pihak akan terus tidak faham malah mungkin terkeliru mengenai hudud," katanya. 

katanya, ini perlu diperjelaskan kerana bukan semua masalah boleh diselesaikan melalui hudud. Minggu lalu, Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Nasharudin Mat Isa mencadangkan parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) jika DAP yang menjadi rakan sekutunya dalam pakatan itu, terus menentang hudud.

Ini berikutan kenyataan pengerusi DAP, Karpal Singh yang terus mempertikaikan perlaksanaan hudud malah memberi amaran supaya 'langkah mayatnya dahulu' jika parti itu mahu melaksanakan undang-undang Islam itu jika diberi peluang memerintah negara ini.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates