Khamis, 20 September 2012

Iman seorang Muslim

Menarik petikan dari blog HHalem.blogspot.com ini.

Bukan apa, jika kata-kata seorang mufti yang ilmunya memang tinggi pun kita tak ambil kira, siapa lagi ulama yang kita nak dengar. Dia bukan menyuruh kita berbuat jahat pun, sebaliknya menyatakan hakikat dosa yang bakal ditanggung jika bersubahat menjahanamkan negara, bersubahadat dalam menjatuhkan agama Islam, bersubahat dalam menjatuhkan pemerintah Islam, bersubahat bersama kafir yang menghina Islam dan Nabi, bersubahat dengan kafir yang ANTI-ISLAM. 

Dosanya amat besar disisi Allah.

Jika penyokong PAS masuk ketegag dalam loghat Kedah atau degil dalam bahasa Malaysia, kita tidak tahulah apa nak jadi kepada mereka sebenarnya. Tugas kita menegur mereka sebagai saudara se islam sudah selesai; tak tahulah jika mereka tak menganggap kita bukan saudara se agama mereka. Tapi mereka perlulah menjawab kepada Allah SWT pula.

Tugas Kedah Times, HHalem dan Datuk Mufti telah selesai. Maka ahli-ahli PAS tanggunglah sendiri. Jangan mengatakan yang kami tidak memberitahu masa penghakiman kelak. 

Tanggunglah sendiri jika masih ketegaq


Ini jawapan Harussani.

Umat Islam harus mengundi wakil rakyat yang boleh menolong mereka, yang boleh membangunkan dan menjaga keselamatan negara.

“Kita mengundi wakil rakyat yang boleh menolong kita, yang boleh membangunkan negara kita, yang boleh memajukan dan menjaga keselamatan negara kita”

“Kalau kita mengundi orang yang akan merosakkan negara kita yang akan hanya membuat permusuhan itu haram kita buat, maknanya kita mendedahkan diri kita kepada kebinasaan,’’


Katan Harussani, tindakan DAP adalah tidak peka dengan perasaan orang Islam kerana dia bukan orang Islam.

“Cuba kalau  agamanya kena sendiri  yang kena,  saya ingat lebih dari itu..dia akan mengamuk lebih teruk,’’

Harussani meminta orang Islam tidak bersekongkol dengan orang yang memusuhi agama Islam dan menghina Nabi.

Dari segi syarak umat Islam termasuk pemimpin Islam dalam pembangkang  tidak boleh bersekongkol sama sekali dengan orang yang memusuhi Islam kerana itu dianggap sebagai harbi.

“Harbi ialah orang yang memerangi kita, orang yang mencari kesempatan untuk menjatuhkan kita,’’

Sehubungan dengan itu beliau menasihati  pemimpin-pemimpin PAS supaya tidak bersikap membisu dalam soal penghinaan terhadap nabi dan agama Islam.

“Saya lihat orang Pas masih berdiam diri dalam soal ini ,’’

Menurut Harussani, Pas mengambil sikap berdiam diri disebabkan benci yang amat sangat terhadap kerajaan sekarang. PAS buat pekak badak didalam hal ini.

“Jadi mereka sudah tidak kira lagi, apa yang penting ialah untuk menjatuhkan kerajaan”

“Kita orang Islam wajib bersatu,  walau dalam apapun keadaan yang kita hadapi kita mesti  bersatu, kita berbeza pendapat itu masalah lain tapi masalah beza pendapat itu memang perangai manusia ..kalau manusia ta ada beza pendapat maka tidak akan ada  kemajuan.”

``Kemajuan disebabkan ada perbezaan , ada bangkangan barulah orang berfikir sama ada baik atau tidak baik.”

“Jadi perbezaan pendapat tidak boleh menjadikan kita berputus arang apa tah lagi kita telah dipersaudarakan dengan kalimah syahadah  dan Rasul pernah berkata orang yang memutuskan hubungan sesama Islam tidak akan masuk syurga jadi apa yang kita nak cari,’’

Harussani mahu tindakan undang-undang diambil ke atas Ngeh Koo Ham yang menghina nabi dan agama Islam kerana terdapat peruntukan undang-undang bagi kesalahan itu. 

“Setiap undang-undang yang dibuat mestilah kita hormati undang-undang itu dan apabila undang-undang kita sendiri tidak dihormati maka terjadilah kacau – bilau,’’

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Nik Aziz pun apa kurang. Dia menghina dan memperkecil Rasullah s.a.w. Nabi Muhamad pada mindanya hanya seperti 'mamat- mamat' biasa sahaja..Bukankah ini biadap dan kurang ajar. Itu sebangsa kita, kalau anti Islam apa lagi.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates